Undi Pos: Pengakuan Seorang Tentera

Undi pos sering kali dikatakan tidak telus. Banyak pihak menghendaki supaya undi pos ini di hapuskan. PAS pula menyeru Suruhabjaya Pilihan Raya (SPR) supaya membenarkan pengundi pos membuang undi seperti pengundi biasa dalam PRK Bagan Pinang di Negeri Sembilan.




Satu fenomena pelik mengenai kedudukan sebenar kerusi Bagan Pinang. Peliknya ialah setelah diteliti, terdapat 5,000 undi pos yang menyebabkan kemenangan Barisan Nasional di situ. Rekod menyaksikan di dalam pilihanraya umum yang lalu UMNO memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 2,333 undi, calon BN menerima 6,430 undi berbanding PAS yang memperolehi 4,097 undi.

Kewajaran untuk undi pos dihapuskan mungkin berasas. Baca komen dipetik daripada pengunjung blog Mutaligat (Sofi Waha) yang mendedahkan penyelewengan yang berlaku tentang undi POS.

Salam Bang Sofi…
Pasal undi Pos Polis Aku tak tau… Tapi Kalau undi Pos tentera aku pernah buat kerja tu. Pihak atasan tentera tidak akan memberi arahan kepada anggota bawahan utk undi Umno/BN.

Sebaliknya kami anggota 3 Div dan 10 Bgd Para(salah sorangnya aku anggota 10Bgd Para sbg petugas SPR) diarahkan menukarkan semua kertas undi yg telah dibuang oleh anggota tentera kepada undi yg dipangkah dgn calon BN (ada anggota yg ditugaskan memangkah kertas undi BN).

Bukti kertas undi yg ditukarkan (dikeluarkan dr peti undi asal) pada pilihanraya 199X masih kami simpan di satu stor rahsia di kem terendak dan masih elok lg. kes terbaru ..pilihanraya baru2 ni… kertas undi ditulis nombor tentera… undi apa tu…

Oleh itu saya yakin PR mesti mendesak SPR supaya membuat perubahan drastik terhadap undi pos ini. Antara langkah yang mesti diambil serta merta ialah membenarkan pihak pengundi pos membuang undi di tempat pengundian biasa bersama-sama dengan pengundi biasa.

UNDI POS MESTI DIHAPUSKAN!

-Sumber: Mutaligat

1 comment

AMNOBODO said...

apa nak buat...kalau SPR dah jadi tunggangan BN....berdoa pada Allah agar berlaku benda-benda pelik terhadapa mereka2 yang bersubahat dalam melakukan penipuan ini..AMINNN

Powered by Blogger.