Warga kolej nekad bawa SPRM dan MAIWP buat siasatan

[TERKINI] Kuala Lumpur 11 Sept 12:27p.m | Atas keprihatinan isu penyelewengan dana kebajikan anak-anak yatim yang didakwa diseleweng oleh pentadbiran kolej berkenaan, beberapa warga kolej Kediaman Sebelas tersebut nekad ingin membawa meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) campur tangan.

Beberapa mahasiswa berkenaan yang hanya mahu dikenali salah seorang daripada mereka sebagai Mat Di walaubagaimana pun kelihatan nekad dan serius dalam membawa isu ini kepada pihak berkuasa.

“Saya tidak ada bukti kukuh tapi saya mahu individu yang didakwa tertuduh membela diri kalau tidak bersalah, dan SPRM dan MAIWP hanya siasat, kalau tak salah, tak mengapalah, kalau salah, anda perlu akur,”ujar Mat Di tegas.

Kumpulan mahasiswa tersebut yang tinggal selama beberapa tahun di kolej berkenaan juga menjelaskan hanya ingin dua badan kerajaan tersebut melakukan siasatan sahaja atas alasan terdapat beberapa keraguan dalan aliran keluar-masuk kewangan kolej berkenaan.

“SPRM memang menerima prosedur berkenaan iaitu akan melakukan siasatan jika ada laporan yang dibuat walaupun tiada bukti jelas, bagi pentadbiran, jangan takut jika anda tidak bersalah,” pesan beliau.

Berita selanjutnya akan menyusul.-Um-today

No comments

Powered by Blogger.