Zahid penyebab UMNO kalah di Permatang Pasir

Rohaizat Othman, calon Umno di Permatang Pasir, dibelenggu dua isu. Pertama, beliau dikatakan beristeri dua dan isteri kedua beliau ialah Hafizah Mohd Ali, ketua kerani yang pernah berkerja di pejabat Rohaizat selama 8 tahun. Kedua, pecah amanah melibatkan RM161,000 kepunyaan Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang.

Dua tuduhan yang cukup memalukan pucuk pimpinan Umno. Rohaizat menafikannya. Tun Dr Mahathir Mohamad memberi reaksi berikut: "Saya diberitahu bahawa Rohaizat didakwa mempunyai dua isteri tetapi dia menafikannya. Kemudian saya ditunjukkan gambar wanita (isteri kedua Rohaizat) tersebut. Saya tak tahu lah samada orang yang macam ini layak menjadi wakil rakyat atau tidak."

Hampir kesemua pemimpin Umno menyalahkan Pakatan Rakyat yang kononnya membuat "fitnah-fitnah" ini. Tiada seorang pun menyalahkan diri sendiri.

Lain pula di gerai-gerai kopi dan kedai-kedai nasi kandar seluruh Permatang Pasir. Orang yang menjadi topik perbualan dan dikatakan bertanggungjawab terhadap keputusan memalukan ini ialah Ketua Perhubungan Umno Pulau Pinang Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Pertahanan.

Rohaizat adalah orang kanan Ketua Bahagian Permatang Pauh Jalil Abdul Majid dan dilantik sebagai Setiausaha Bahagian. Zahid merestui pemilihan Rohaizat sebagai calon tanpa melakukan kajian terperinci-inci. Dia hanya menggunakan unik risik tentera untuk mengkaji latarbelakang Rohaizat.

Hampir satu Pulau Pinang tahu latarbelakang Rohaizat. Timbalan Ketua Perhubungan Umno Pulau Pinang Zainal Abidin Osman juga tahu latarbelakang Rohaizat. Malangnya pandangan Zainal tidak diambilkira langsung oleh Zahid.

Zahid Hamidi membuat kenyataan bahawa isu Rohaizat ditutup dan Umno tidak akan membangkitkan isu peribadi semasa kempen di Permatang Pauh. Kenapa Zahid mengelak dari bertanggungjawab hal ini? Siapa dia ingat boleh main tutup-tutup mulut orang untuk bercakap. Ini tahun 2009 dan tiada sesiapa boleh menutup mulut sesiapa.

Seperti kata Dr Mahathir, Rohaizat tidak layak dipilih sebagai calon. Adakah Umno Permatang Pauh ketandusan calon?

Zahid sebagai Naib Presiden Umno (dan Ketua Perhubungan Negeri) seharusnya menunjuk satu contoh untuk diteladani oleh seluruh warga Umno iaitu bertanggungjawab terhadap pemilihan Rohaizat. Kini dia hanya diam senyap.

Ahmad Maslan diarahkannya mengeluarkan lima sebab kekalahan di Permatang Pasir. Satu pun tidak disebut sebab Zahid salah memilih calun.

Desas desus kini amat kuat bahawa Zahid ada membuat perbincangan sulit dengan ajen-ajen Anwar Ibrahim. Zahid masih rapat dengan wakil-wakil rakyat PKR seperti Johari Abdul.

Dia tahu bukan senang untuk memenangi Permatang Pasir. Zahid sendiri sudah mula merasakan bukan senang untuk BN menang pada PRU13 kelak. Dia sanggup korbankan Permatang Pasir untuk cuba membina kembali jambatan dengan Anwar agar nyawa politiknya boleh dipanjangkan.

Rohaizat adalah calun yang direstui oleh Anwar untuk memberi kemenangan mudah untuk Salleh Man. Anwar tahu latarbelakang Rohaizat.

Rujukan: Blog Jelapang

No comments

Powered by Blogger.