'Aktivis kebudayaan' buat laporan SPRM terhadap Nik Aziz

PUTRAJAYA 6 Jan. - Seorang lelaki yang menggelarkan dirinya 'aktivis kebudayaan' membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, hari ini berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa dan rasuah melibatkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan exco kerajaan negeri itu serta beberapa individu.

Zaidi Yaacob, 47, yang berkata beliau seorang rakyat Kelantan memberitahu pemberita bahawa laporan itu dibuat berdasarkan salinan sepucuk surat yang diterimanya melalui pos dua hari lepas.

Beliau telah menyerahkan surat berkenaan kepada seorang pegawai SPRM tengah hari tadi. - BERNAMA


bagus la..boleh tengok macam mana keputusan. baso ngok!

No comments

Powered by Blogger.