Polis “haru-birukan” Suara siswa bincang Politik Baru.

Semangat sebahagian penonton rancangan bual-bicara Suara Siswa sedikit tawar apabila ditahan polis di pintu pagar perkarangan stesyen Radio Televisyen Malaysia (RTM) dekat sini, semalam.

Sejumlah besar pengunjung stesyen berkenaan yang berhasrat menonton rancangan Suara Siswa secara langsung ditahan di pintu pagar dengan alasan “Membawa bom”.

Kejadian tersebut pada jam 8.00 malam sebelum rancangan tersebut bermula.

Polis seramai 10 orang bertindak menutup pintu pagar dan melakukan pemeriksaan dengan membuka beg setiap pengunjung berkenaan.

Dipercayai pengunjung tersebut ialah para pelajar dari universiti berdekatan.

“Mereka (polis) kata kami bawa bom, mereka dapat maklumat dari pihak luar, ini suatu perkara yang tak masuk akal!,” ujar seorang yang ditahan berkenaan.

Namun kemudian, selepas pemeriksaan dan gagal menemui sebarang objek mencurigakan pihak polis berkenaan membuka pintu pagar bagi member peluang kumpulan pelajar itu masuk ke perkarangan RTM.

“Nampaknya polis memang senang diperbodohkan, dapat laporan, palsu dan membuang masa untuk buat pemeriksaan,”luah seorang pelajar.

Suara Siswa episod permulaan 2010 semalam bertajuk “Politik Baru” keudara bermula jam 10.00 malam.

Panelis bagi episode ‘PolitikBaru’ berkenaan ialah Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM), Muhamad Ridzuan Muhamad, YDP Universiti Putra Malaysia (UPM), Mohd Syamsul Salleh dan YDP Universiti Institut Teknologi Malaysia (UiTM), Mohd Murshidi Mohd Diah.-Mahasiswakini

No comments

Powered by Blogger.