Cukai Adalah Sumber Pendapatan Dalam Dunia Kapitalisme. Haram Di sisi Islam.
LHDN yakin kutip RM86b
KUALA LUMPUR 23 Dis.- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yakin mampu mencapai sasaran kutipan cukai berjumlah RM86 bilion bagi tahun ini.
Ini berdasarkan jumlah kutipan kasar sehingga kelmarin yang mencecah RM85 bilion atau 98.85 peratus.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, sasaran berkenaan dijangka berjaya dicapai kerana masih ada segelintir syarikat besar yang belum menjelaskan bayaran cukai masing-masing.
nilah dunia Kapitalisme. Sumber pendapatan yang paling besar bagi negara Kapitalis datang dari kutipan cukai. Lihatlah betapa besarnya jumlah cukai yang telah berjaya dipungut oleh kerajaan sekular hari ini. Dan yang pastinya jika GST diperkenalkan kelak oleh pihak kerajaan maka jumlah pendapatan negara hasil dari kutipan cukai akan pasti terus meningkat dan hakikatnya dalam masa yang sama rakyat akan terbeban dengan cukai yang dikenakan oleh pemerintah sekular yang ada pada hari ini. Ini berbeza dengan Islam. Sumber pendapatan negara bukannya datang dari cukai sepertimana yang diamalkan oleh Malaysia dan negara Kapitalis yang lain. Islam secara jelas melalui lisan RasulNya telah menyebut: Rasulullah SAW telah bersabda,
“Sesungguhnya tidak akan masuk syurga orang yang memungut cukai (mukus)”[HR Ahmad, Abu Daud & Hakim].
Dan dalam riwayat lain, Rasulullah SAW bersabda,
“Sesungguhnya pemungut cukai itu berada dalam neraka”[HR Ahmad].
Hadis ini menunjukkan bahawa cukai bukan sahaja haram untuk dijadikan pendapatan negara, malah sesiapa sahaja (termasuk individu) yang memungut cukai, maka tempatnya adalah di neraka. Namun, kerajaan Kapitalisme yang ada pada hari ini tidak pernah takutkan ancaman dan azab Allah di mana mereka langsung tidak mempedulikan peringatan dari hadis-hadis ini.
umber pendapatan Negara Islam telah pun ditetapkan oleh Allah dan RasulNya, antaranya Ghanimah, Fai’, Kharaj,‘Usyur, Khumus, Rikaz, Jizyah dan lain-lain. Sumber-sumber ini merupakan sumber yang diredhai oleh Allah SWT dan pasti tidak akan menzalimi rakyat, tidak seperti cukai yang diterapkan di dalam sistem hari ini, yang bukan sahaja merampas harta rakyat, malah akan membawa pemerintah ke neraka (berdasarkan hadis di atas). Itulah ‘hadiah’ dari Kapitalisme, sebuah ideologi yang rosak, yang bukan sahaja akan membinasakan negara, malah diri pemimpin itu sendiri. Bukankah sudah tiba masanya untuk kita membuang segala hukum kufur ini dan menggantikannya dengan sistem Islam?
Lihat: SN151 - TOL : SAMPAI BILA PEMERINTAH MAHU MENANGGUNG DOSA?
sumber

No comments
Post a Comment