Kelantan nafi alami masalah tunggakan kos rawatan Sultan
Oleh Mohd Zuharman
KOTA BARU, Jan 18 – Exco kerajaan negeri Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menafikan wujudnya tunggakan bil kos rawatan Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra, yang dirawat di Hospital Mount Elizabeth, Singapura sejak 24 Mei lalu.
Malah beliau juga menolak dakwaan kononnya cadangan membawa balik Sultan Kelantan berkaitan dengan kos yang mencecah berjuta ringgit.
“Raja-raja adalah seperti ayah kita. Bila sakit kita sebagai anak bertanggungjawab memberi rawatan tak kira walau cara mana sekali pun. Murah atau pun mahal itu tanggungjawab kita.
“Jadi dalam kerajaan tidak pernah berbangkit pasal kos.
“Mereka yang berteka-teki pasal itu itu adalah mereka yang tidak tahu gapo (apa). Ada setengahnya sengaja nak jadikan ia sebagai isu. Sengaja nak jatuhkan moral kerajaan,” katanya.
Tegas beliau, tidak ada tunggakan dalam urusan rawatan Sultan Kelatan sebagaimana didesas-desuskan kebelakangan ini.
“Semua bayaran jelas. Yang bercakap pasal tunggakan itu sebab mereka tidak tahu urusan mengenainya,” kata beliau ketika ditemui di Masjid Hj Ahmad Jamaluddin, Kubang Kawah, Bachok dekat sini.
Mohd Amar mengakui beliau sedar tentang spekulasi itu khususnya membabitkan bayaran peringkat kedua.
“Sebenarnya ia bukan tertunggak, cuma berlaku kelewatan sikit pada bayaran peringkat kedua sebab Pemangku Raja (Tengku Muhammad Faris Petra) nak buat semakan,” jelas beliau tetapi tidak menyatakan jumlah kos rawatan tersebut.
Ketika ditanya reaksi Pemangku Raja berhubung perkara berkenaan Mohd Amar berkata “kenyataan tok guru (Menteri Besar) setelah mendapat perkenan Pemangku Raja.”
Mengulas lanjut desas-desus bahawa Sultan Kelantan hendak dibawa ke tanah air kerana soal kos, Mohd Amar memberitahu perkara itu tidak pernah berbangkit sebagaimana ditomahkan sesetengah pihak.
“Cadangan kerajaan negeri itu berdasarkan laporan enam orang panel dilantik yang merujuk kepada laporan perubatan hospital berkenaan (Hospital Mount Elizabeth).
“Baginda kini menjalani rawatan latihan fisioterapi. Memandangkan di sini juga terdapat pakar fisioterapi yang setanding dengan pakar-pakar di luar negara mungkin ia satu keperluan atau cadangan yang munasabah.
“Seperti mana kata tok gurum yang utama ialah kesan psikologi, ingatan rakyat terhadap Tuanku,” kata beliau .
Tahun lalu mesyuarat Exco Kerajaan Negeri bersetuju cadangan memohon Pemangku Raja Kelantan membawa pulang Sultan Kelantan untuk menerima rawatan susulan dalam negara.
Sultan Kelantan dirawat di Hospital Mount Elizabeth, Singapura sejak 24 Mei tahun lalu setelah menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian dekat sini.

No comments
Post a Comment