Dahulukan Qazaf, demi daulatkan hukum syariah
Oleh Dzulkarnain Taib
Dua peguam syarie akan memohon mendapatkan perintah Mahkamah Tinggi Syariah untuk mengarahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan membawa pertuduhan qazaf terhadap Salful Bukhari Mohd Azlan yang mendakwa kononnya beliau diliwat Datuk
Seri Anwar Ibrahim.
Zulkifli Nordin dan Peguam Kamar Ainiah Kamaruzaman Kamar Ainiah mengesahkan akan menfailkan permohonan itu setelah JAWI enggan bertindak atas aduan Qazaf yang dibuat oleh Anwar terhadap Saiful lebih 18 bulan lalu.
Zulkifli memberitahu Suara Keadilan, pihaknya juga akan menghantar surat kepada Ketua Pendakwa Syarie menuntut penjelasan mengapa JAWI berpeluk tubuh dan tidak meneruskan pertuduhan qazaf terhadap Mohd Saiful.
Anwar memfailkan aduan qazaf terhadap Mohd Saiful di pejabat Jawi di Damansara pada 9 Julai 2008 tetapi sehingga kini tidak ada sebarang tindakan terhadap Saiful yang bebas melontarkan pelbagai kenyataan berbau fitnah.
Oktober lalu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jen. (B) Datuk Jamil Khir Baharom memberi alasan pelik bahawa kes qazaf tidak boleh dibicarakan di Mahkamah Syariah selagi kes dakwaan liwat terhadap Anwar di mahkamah sivil belum selesai.
Zulkifli yang juga Ahli Parlimen Kulim Bandar Bahru berkata Datuk Jamil cuba mengalih rakyat khususnya beragama Islam daripada hakikat sebenar.
“Kes Qazaf ini yang sepatutnya didahulukan kerana ia berkait dengan kredibiliti dan akhlak pihak yang membuat tuduhan liwat,” kata Zulkifli.
“Kalau Saiful di sabit atas pertuduhan Qazaf maka ia dengan sendirinya akan memberi kesan kepada pertuduhan liwat yang bakal dibicarakan di mahkamah sivil,” kata Zulkifli.
Beliau berkata tindakan memohon perintah mahkamah bagi memastikan kes Qazaf terhadap Saiful tidak lagi ditunda diambil setelah pihaknya mendapat pandangan daripada ulama tersohor , Sheikh Dr Yusuf Al Qaradawi dan Sheikh Dr Wahbah Mustafa Az Zuhaili.
Kedua-dua ulamak itu yang berada di Malaysia bulan lalu menyoal kelewatan pihak kerajaan Malaysia memberi keadilan kepada Anwar mengikut undang-undang syariah negara ini.
Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997) menetapkan , “Mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina (atau liwat) tanpa mengemukakan, mengikut hukum syarak, empat orang saksi lelaki atau ikrar orang yang dituduh itu adalah melakukan suatu kesalahan.”
Jika disabitkan dengan kesalahan qazaf, seseorang boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

No comments
Post a Comment