Exco Kelantan hina kerjaya wartawan

KOTA BHARU: Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) berasa terhina dengan kenyataan Exco kanan kerajaan Pas Kelantan, yang mengatakan hanya dua fakta yang betul pada akhbar iaitu nombor ekor dan laporan cuaca.

Presidennya, Norila Md Daud, berkata NUJ kecewa dengan kenyataan itu kerana akhbar sudah lama menjadi penyumbang kepada pembangunan negara terutama menyampaikan maklumat untuk rakyat tanpa mengira bangsa serta fahaman politik.

Katanya, walaupun kenyataan itu bersikap peribadi atau gurauan ketika berceramah, NUJ tetap memandang serius mengenainya kerana Exco berkenaan sanggup meletakkan akhbar di negara ini setaraf nombor ekor, selain menghina kerjaya persuratkhabaran.

“Kenyataan Exco itu paling hina pernah dilemparkan kepada akhbar di negara ini dan sebagai penjawat awam, beliau tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan seperti itu,” katanya mengulas kenyataan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ketika ceramah di Kota Bharu, baru-baru ini.

"Walaupun kenyataan itu tidak berpihak kepada parti tertentu dan hanya luahan peribadi atau sekadar jenaka, tetapi ia sudah menjejaskan reputasi dan profesionalisme wartawan serta akhbar negara ini sehingga boleh menyebabkan (wartawan dan akhbar) dipandang hina," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan dibuat Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ketika menyampaikan ceramah isu semasa di Kota Bharu, baru-baru ini, yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Dalam ceramah berkenaan, Mohd Amar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah dan Pendidikan berkata, akhbar di negara ini hanya boleh dibaca tetapi tidak boleh dipercayai kerana hanya dua saja yang tepat iaitu nombor ekor dan kaji cuaca.

Sementara itu, Presiden Persatuan Wartawan Melayu Malaysia (PWM), Datuk Yazid Othman, berkata kenyataan itu melampaui batas dunia persuratkhabaran, sekali gus menggambarkan tahap intelektualisme Exco terbabit.

Katanya, apa yang diingini pihak berkenaan ialah berita yang menyeronokkan mereka saja, seperti dilakukan akhbar pembangkang yang hanya memuatkan berita yang positif mengenai mereka.

"Orang berkenaan bercakap menggunakan kopiah, bukannya akal dan ini menunjukkan mereka tidak menggunakan intelektualisme dalam berceramah,” katanya.

Beliau berkata, akhbar berfungsi melaporkan segala perkembangan yang berlaku di negara ini serta antarabangsa dan tidak pernah dijadikan platform untuk keseronokan pihak tertentu.


sokong yb nok amar! no ekor bersepah dalam paper... tegur benda baik..terasa hati jugak?

No comments

Powered by Blogger.