Apabila KPT Jadi Bengong!

Pelajar dibenar demonstrasi

JOHOR BAHRU: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak menghalang pelajar institut pengajian tinggi (IPT) terbabit dalam sebarang demonstrasi, termasuk menentang penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh majalah Herald - The Catholic Weekly, jika mendapat permit polis.

Bagaimanapun, Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengakui beliau tidak mahu pelajar IPT berdemonstrasi kerana sebagai mahasiswa, mereka mempunyai peluang mengadakan perbincangan secara intelektual membabitkan dialog antara agama.

“Ini yang seharusnya dilakukan pelajar IPT dalam negara dan bukannya terpengaruh dengan demonstrasi seperti orang lain. Sebagai bakal pelapis pemimpin negara serta individu yang diharap memacu kemajuan negara, mereka tidak boleh emosi dengan isu seperti ini, sebaliknya cuba mencari jalan penyelesaian terbaik,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada kementerian akan mengambil tindakan terhadap pelajar IPT yang didapati terbabit dalam demonstrasi menentang penggunaan kalimah Allah oleh majalah berkenaan.

Mohamed Khaled berkata, Akta Universiti dan Kolej 1974 pindaan 2008 membenarkan pelajar terbabit dalam sebarang gerakan dan demonstrasi selagi ia tidak dianjurkan parti politik atau menyentuh mengenai politik.

Katanya, jika ada kumpulan pelajar yang mahu mengadakan demonstrasi berkenaan di dalam IPT, ia terpulang kepada pengurusan universiti terbabit sama ada membenarkannya atau tidak.

"Saya mahu pelajar IPT merebut peluang ini untuk mengadakan sesi ilmiah dalam mencari titik penyelesaian dan persefahaman antara masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini,” katanya.

kepala menteri dok kat kaki!

No comments

Powered by Blogger.