Kenapa Menteri-menteri bercanggah dalam isu penggunaan nama Allah?

Sebelum ini Hishamuddin mempertahankan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang dipimpinnya untuk membuat rayuan dalam kes semakan kehakiman berhubung isu penggunaan nama Allah oleh Heral The Catholic Weekly. Rayuannya disokong ramai pihak termasuklah Perdana Menteri dan Timbalannya.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang jaga JAKIM, Jamil Khir juga sokong. Tetapi Nazri Aziz minggu lepas buat kejutan dengan mengumumkan bahawa Kristian Sabah Sarawak dibenarkan mengunakan nama Allah. Hari ini, Nazri tambah lagi iaitu Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang turut dibenarkan.

Majlis Agama dikeempat-empat negeri ini dilaporkan tidak mempunyai peraturan terhadap larangan itu. Tetapi JAKIM menafikan kerana mereka juga tertakluk kepada JAKIM yang turut menyokong rayuan KDN.

Dalam hal ini rakyat jadi keliru. Adakah kenyataan Nazri ini bersifat peribadi atau sekadar gula-gula untuk menyedapkan hati rakyat sebab jelas ia bertentangan dengan kenyataan Menter-menteri lain.

Secara peribadi saya menganggap komen Nazri bahawa dialog sudah terlewat bagi menyelesaikan isu adalah tidak betul kerana pintu dialog harus sentiasa dibuka. Saya yakin jika mahkamah tertinggi sekali iaitu Mahkamah Persekutuan buat keputusan sekalipun pasti akan ada pihak-pihak yang tidak berpuas hati.

Maka dialog adalah pentas terbaik untuk berhujah untuk melihat dari sudut agama, sedangkan mahkamah hanya membuat keputusan berdasarkan tafsiran Perlembagaan. Memang kelakar kalau Hakim Mahkamah Tinggi kata boleh, bespk kat mahkamah rayuan kata tak boleh pula. Jadi nampaknya Perlembagaan kita memang ada yang tak kena, sebab ada Hakim kata boleh dan ada yang tidak.

Akhirnya isu ini akan berbangkit dan tiada jawapan yang boleh berikan kepuasan. Dialog menjadi ruang untuk sampaikan pandangan, dan disana ada ruang untuk tolak ansur. Sekurang-kurang beri ruang untuk semua pihak berhujah.

sumber

No comments

Powered by Blogger.