Kerajaan mohon penangguhan perintah majalah Kristian guna perkataan Allah

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri mengemukakan permohonan bagi penangguhan perintah Mahkamah Tinggi yang membenarkan sebuah majalah mingguan Katolik menggunakan perkataan Allah.

Permohonan itu difailkan di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini.

Semalam, kementerian itu mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan pada 31 Disember lepas bahawa berdasarkan Perkara 11 dan 12 dalam Perlembagaan Persekutuan, majalah Herald berhak menggunakan perkataan itu untuk tujuan tunjuk ajar dan pendidikan bagi penganut agama Kristian.

No comments

Powered by Blogger.