Kumpulan Jurutera Amerika Syarikat menyelia pembinaan tembok pemisah.

Seorang jurutera kanan Mesir memberitahu PIC bahawa salah satu syarat pembinaan tembok ialah mestilah diselia sepenuhnya oleh kumpulan jurutera tentera Amerika, beliau menambah bahawa pelan pembinaan tembok tersebut telah disediakan lebih kurang enam bulan yang lepas dan manakala pembinaannya bermula tiga bulan lepas dengan kawalan keselamatan yang ketat.

Beliau mengesahkan bahawa terdapat satu penyambungan paip utama yang sangat besar kira-kira 10 kilometer daripada laut dari arah barat menghala ke timur dan bercabang dengan lubang-lubang paip dihalakan ke arah Palestin, di mana melalui paip-paip ini nanti, mereka akan mengepam air laut ke dalam tanah yang boleh mengakibatkan rekahan tanah dan tanah runtuh yang akhirnya boleh membawa kepada kemusnahan terowong-terowong Gaza.

Bagi pihak ketua kesatuan pekerja-pekerja pentadbiran penduduk Palestin, beliau meminta kerajaan Mesir untuk menghentikan pembinaan tembok besi di sempadan Gaza untuk tidak menjadi salah satu rakan kongsi dalam sekatan Israel ke atas rakyat Gaza serta pembunuhan kanak-kanak dan wanita.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : rohiez

No comments

Powered by Blogger.