Puluhan pembantah cedera dikasari Pasukan Keselamatan Mesir.

Khamis , 07/01/2010 – Puluhan pembantah yang menyertai konvoi ‘Pembuluh Kehidupan 3’ mengalami kecederaan lewat petang semalam (Selasa, 5/1) setelah dikasari dan dipukul dengan cortar dan disembur dengan gas pemedih mata dan pasir halus, oleh pasukan keselamatan Mesir di Pelabuhan al-‘Arish.

Zahir al-Bairawi, jurucakap media konvoi tersebut berkata dalam satu kenyataan akhbar bahawa pihak berkuasa keselamatan Mesir menggunakan kekerasan melampau terhadap para peserta antarabangsa sehingga menyebabkan puluhan daripada mereka cedera, paling kurang 3 orang daripada mereka adalah anggota rombongan dari Jordan. Dalam masa yang sama, lebih 10 buah kenderaan yang membawa bantuan kemanusiaan turut mengalami kerosakan teruk.

Al-Bairawi seterusnya berkata pihak berkuasa Mesir seolah-olah melakukan penyembelihan terhadap para peserta antarabangsa, dengan menyerbu Pelabuhan al-‘Arish dan memukul para peserta dengan belantan dan menyembur mereka dengan hujanan batu.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

No comments

Powered by Blogger.