Mahathir:Apa Maksud Rakyat Kena Bayar Lebih?
Rakyat perlu sedia bayar lebih
KUALA LUMPUR 19 Jan. – Model ekonomi baru yang bakal diperkenalkan kerajaan perlu mengambil kira kos buruh negara yang masih murah. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, bagaimanapun kos itu masih belum boleh dibandingkan dengan Thailand, Indonesia, China dan Vietnam.
‘‘Tetapi pada masa sama kita tidak lagi boleh berterusan menjadi negara menerima gaji kecil,’’ katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara Petronas Lubricants International Sdn. Bhd. dengan Proton Holdings Bhd.
Menurut Mahathir, kerajaan perlu mengkaji pelaburan asing yang boleh membantu menjana pendapatan tinggi melalui industri yang memiliki nilai tambah.
‘‘Inilah yang dilakukan oleh negara-negara maju di dunia yang kekal kompetitif meskipun buruhnya mahal,’’ tambahnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia juga perlu bersedia membayar lebih untuk menghadapi kenaikan harga barang dalam usaha Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi.

No comments
Post a Comment