SPRM tangkap 34 didakwa rasuah pasir, habuan seks

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menangkap 34 orang, termasuk 24 kakitangan kerajaan dan dua pembantu ahli politik, kerana didakwa terbabit dalam rasuah eksport pasir.

Jumlah rasuah terbabit melebihi RM280,000 dan habuan seks. Mereka ditahan di lima negeri sejak seminggu lalu.

Timbalan Pesuruhjaya SPRM, Datuk Shukri Abdull memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar di ibupejabat suruhanjaya itu di Putrajaya.

Menurutnya, SPRM telah menjalankan siasatan terhadap kes tersebut sejak bulan April tahun lalu.

Lebih banyak tangkapan dijangka dibuat berhubung kes tersebut.

Berhubung serbuan yang dibuat oleh SPRM ke pejabat exco kerajaan Selangor, Yaakob Sapari hari ini, Shukri meminta mereka memberi kerjasama.

[Berita lanjut menyusul]

No comments

Powered by Blogger.