PAS FOR ALL BUKAN SATU RETORIK - DR MUJAHID



TELUK INTAN, 10 Januari - Slogan PAS For All atau PAS Untuk Semua bukan sekadar retorik oleh PAS malah ia direalisasikan dengan naiknya status Kelab Penyokong PAS kepada Dewan Perhimpunan Penyokong PAS (DPPP) yang baru-baru ini telah diluluskan drafnya di dalam mesyuarat AJK PAS Pusat baru-baru ini. Demikian penjelasan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat YB Dr. Mujahid Yusuf Rawa di dalam ceramahnya di hadapan Pejabat Kelab Penyokong PAS Teluk Intan malam tadi.

Menurut beliau yang juga merupakan Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional dan ahli Parlimen Parit Buntar, DPPP akan menjadi satu platform kepada PAS untuk lebih mendekati masyarakat bukan Islam di negara ini. Ia juga akan menunjukkan betapa seriusnya PAS akan permintaan masyarakat bukan Islam yang amat berminat mendekati PAS dan menyokong perjuangan PAS.





"Tiada apa lagi yang boleh kita harapkan dengan UMNO/BN. Tiga parti besar dalam BN iaitu UMNO, MCA dan MIC telah berpecah teruk. Mereka tidak mampu lagi mewakili rakyat negara ini," kata beliau lagi.

Oleh kerana itu, Pakatan Rakyat menawarkan satu alternatif kepada rakyat ke arah Malaysia yang lebih sejahtera. Begitu banyak perkara yang berlaku di negara ini yang menjelaskan bahawa akan betapa kroniknya amalan rasuah di negara ini. Beliau merujuk kepada isu kehilangan enjin jet baru-baru ini.

Bagi beliau, isu kehilangan enjin jet amat memalukan negara ini. Malah beliau berani mengatakan bahawa isu tersebut sebagai "the most stupid joke of the year". Malah menurut beliau lagi, penerangan demi penerangan yang amat tidak logik oleh pihak kerajaan tentang isu tersebut seolah-olah menghina intelektual rakyat.

Sebelum itu, YB Haji Mohd Anuar Sudin telah menyatakan di dalam ceramahnya bahawa tugas PAS ialah amar makruf dan nahi munkar serta melaksanakan taqwa dan berbakti kepada manusia tanpa mengira kaum. Antaranya ialah mencegah kemungkaran yang telah dilakukan lebih 50 tahun oleh UMNO/BN. Maka, sudah sampai masanya bagi rakyat untuk berusaha menukar kerajaan pusat dan negeri agar segala kemungkaran tersebut tidak berterusan.


Mencari idea ceramah....


" Dalam Islam ada halal, ada haram. Di Perak pun ada, MB haram dan MB halal. Kita mestilah pilih yang halal...." kata Suria.


"Saya orang Cina tapi saya sokong kuat PAS. Kalau kita sokong BN maka kita sokong kejahatan BN..." kata Richard Wong.


Sdr. Ahmad Kabir mempengerusikan majlis ceramah.


Banyak maklumat yang telah diterima oleh mereka yang hadir malam itu.

Manakala, YB Haji Zainuddin Yusuf memberi penerangan tentang isu-isu semasa politik negeri Perak di mana beliau lebih banyak menceritakan semula mengapa Hj. Nizar sebagai Menteri Besar negeri Perak yang sah.

Selain itu, dua orang wakil Kelab Penyokong PAS turut mentyampaikan ceramah iaitu Sdr. Surianarayanan (Timbalan Pengerusi KPP Pusat/Pengerusi KPP Perak) dan Sdr. Richard Wong (Timbalan Pengerusi KPP Perak).

Selepas majlis ceramah, Dr. Mujahid telah meluangkan masa melawat pejabat Kelab Penyokong PAS Teluk Intan. Beliau memuji akan gerak kerja KPP Teluk Intan.


YB Dr. Mujahid bersama ADUN Changkat Jong YB Hj Anuar di dalam pejabat Kelab Penyokong PAS Teluk Intan.


Sdr. Suria menyambut kehadiran tetamu kehormat.




"Cantiknya pejabat KPP. Pejabat sayapun tak macam ni..." gurau Dr. Mujahid.


Dr. Mujahid menandatangani buku pelawat KPP Teluk Intan.

ar_raw

http://intanhijau.blogspot.com/

No comments

Powered by Blogger.