Pertukaran guru, rayuan kepada Menteri Pelajaran

Pertukaran guru, rayuan kepada Menteri Pelajaran
Isteri dan Guru terseksa,

Saya adalah di antara sebilangan besar guru-guru agama yang 'terkandas' tidak dapat bertukar ke negeri yang dipohon, walaupun telah MELEBIHI syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Saya sendiri misalnya, telah bertugas di negeri semasa (Kuala Lumpur) sudah melebihi 10 tahun. Saya telah bertugas di sini sejak tahun 1999. Namun begitu itu bukanlah persoalannya, tetapi mengenai soal kebajikan guru.

Masalah saya bermula sejak suami saya diarahkan bertukar ke Kuala Terengganu pada tahun 2007 lalu, saya terpaksa berpindah rumah, berjauhan dengan suami serta menguruskan anak-anak secara bersendirian benar-benar merumitkan saya.

Saya telah memohon dengan 5 kali permohonan (sejak 2007) tetapi keputusan tetap tidak memihak kepada saya dengan alasan ‘tiada kekosongan’.

Pembaca semua, saya sebenarnya sudah tiada tempat hendak mengadu, bukannya tidak berusaha bahkan sudah ke Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur(JPWP) malah ke JAPIM tetapi siapalah saya? Jawapannya tetap sama.

Malah baru-baru ini saya telah menelefon pihak JAPIM,seorang pegawai di bahagian pertukaran (sekolah rendah) telah menyatakan bahawa negeri Terengganu sedang mengalami lebihan guru agama yang agak ramai,kena tunggu sehingga tiada guru–guru yang berlebihan itu,barulah boleh bertukar!

Walaupun saya mempunyai alasan yang kukuh atau telah berkhidmat di negeri semasa selama 20 tahun. Keadaan sebenarnya ialah bukan tiada kekosongan di negeri terbabit,tetapi bila seseorang guru agama berpindah ke negeri lain,guru dari sekolah yang berhampiran mengisi kekosongan itu ! (saya mempunyai bukti terhadap kenyataan ini )Kalau beginilah keadaannya sampai bila kami anak jati negeri ini yang bertugas di luar boleh berkhidmat di negeri sendiri?

Pembaca sekalian ,sebenarnya kemelut ini (khususnya bagi negeri-negeri Kelantan,Terengganu dan Kedah ) sudah bertahun lamanya kadang-kadang timbul juga perasaan iri hati terhadap kawan-kawan yang mengajar subjek lain ,mereka senang saja berpindah jika sudah mencukupi syarat …tapi kami…bertahun-tahunlah kena tunggu. Itupun kalau dapat berpindah terutamanya ke negeri tersebut kami anggap satu keajaiban dunia yang ke-8! Padahal kami sama-sama penjawat perkhidmatan awam.

Akhirnya atas rasa TERTEKAN,SEDIH dan KECEWA tapi penuh HARAPAN,saya merayu supaya ada pihak seperti Kementerian Pelajaran amnya dan pihak JAPIM khasnya fikirlah sejenak nasib kami ini.Janganlah kami ini dianaktirikan,tidak baik kita berlaku zalim sesama manusia.Kita tidak mahu disebabkan tekanan ini murid-murid yang tidak berdosa menjadi mangsa.

Dengan ini saya mencadangkan supaya pihak Pakatan Rakyat menjadikan satu manifesto 'PERMUDAHKAN PERTUKARAN KAKITANGAN KERAJAAN KHUSUSNYA GURU'ke negeri yang dipohon.

Saya yakin terlalu ramai guru yang ingin pulang dan berkhidmat di negeri masing-masing akan menyokong pihak Pakatan Rakyat di masa PRU 13 nanti.Insya-Allah.

No comments

Powered by Blogger.