Pulau Pinang juga kuat kuasa larangan guna kalimah ‘Allah’
PETALING JAYA, Jan 16 — Pulau Pinang, salah satu daripada empat negeri yang belum menggubal Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam, akan memastikan penggunaan kalimah “Allah” hanya untuk orang Islam dan larangan tersebut dipatuhi oleh golongan bukan Islam di negeri itu.
Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) yang baru, Ellias Zakaria menegaskan, pihaknya akan menguatkuasakan larangan tersebut menerusi peraturan yang sedia ada di negeri berkenaan.
Tambahnya, perkara tersebut akan dibawa ke dalam mesyuarat MAIPP minggu depan.
“Kami pun sedang berusaha ke arah itu. Saya akan hubungi Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad untuk membawa hal ini ke mesyuarat majlis minggu depan,” kata beliau dipetik Utusan Malaysia.
Ellias mengulas langkah 10 negeri yang sama ada telah mengesahkan atau sedang berusaha menguatkuasakan larangan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam melalui penguatkuasaan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam di negeri masing-masing.
Negeri-negeri tersebut adalah Selangor, Pahang, Kedah, Johor, Melaka, Terengganu, Negeri Sembilan, Kelantan, Perak dan Perlis.
Selain Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak masih belum menggubal undang-undang berkenaan.
Sejak beberapa hari lalu beberapa kerajaan negeri mengingatkan semula tentang kewujudan peraturan sedemikian.
Misalnya kelmarin, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berkata orang bukan Islam yang menggunakan secara bertulis atau lisan 25 perkataan yang dilarang akan dikenakan tindakan mengikut Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988.
Antara perkataan itu adalah, Allah, firman Allah, nabi, mubaligh, syariat, wahyu, mufti, Kaabah, hadis, rasul, iman, ibadah, fatwa, haji, kiblat, Ilahi, Injil, ulama, khalifah, wali, Syeikh, Iman dan dakwah.
Bukan Islam juga dilarang menggunakan 10 perbahasan seperti subhanallah, insya-Allah, astaghfirullahlah, masya-Allah dan Allahuakbar sama ada berbentuk lisan ataupun penulisan.
Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan denda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Awal minggu ini, Majlis Agama Islam Melaka menyenaraikan 33 perkataan termasuk kalimah Allah dan 15 ungkapan dalam Islam yang tidak boleh digunakan penganut agama lain dalam penerbitan atau percakapan mereka.

No comments
Post a Comment