MB:Wujudkan Pelancongan Dua Hala
SHAH ALAM, 16 Januari - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menggalakkan pelancongan dua hala bagi merancakkan pertumbuhan industri itu.
Beliau berkata, usaha ini bukan sahaja dapat mewujudkan hubungan baik antara negara tetapi turut membina jaringan pelancongan antarabangsa yang baik.
Selain itu, Khalid turut menyifatkan program Pameran Pelancongan Antarabangsa Umrah dan Destinasi Muslim (MASUM 2010) adalah pertemuan pengusaha pelancongan seluruh negara untuk menyediakan rangkaian peluang dalam sektor itu.
Menurutnya, perkhidmatan pelancongan komplikated yang memerlukan penyelarasan yang menyeluruh untuk pelaksanaannya.
“Perjumpaan-perjumpaan macam inilah kita menyediakan jaringan-jaringan bagaimana kita boleh bersama-sama mengkaji dan mengatasi masalah kehendak pelanggan. Dengan cara itu kita akan dapat memberikan kepuasan kepada pelanggan kita,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian pada Majlis Perasmian Pameran Pelancongan Antarabangsa Umrah dan Destinasi Muslim MATTA (MASUM) 2010, di Shah Alam Convention Centre (SACC) Convec,semalam.
Khalid berkata, usaha dilaksanakan Persatuan Ejen-ejen Pengembaraan dan Pelancongan Malaysia (MATTA) Selangor, pasti tidak berhasil jika pemandu pelancong tidak peka dengan maklumat destinasi untuk disalurkan kepada pelancong.
Beliau turut menjelaskan Lembah Klang adalah sasaran terbaik dari aspek pelancongan kerana pendapat perkapita adalah tertinggi di negara ini.
“Untuk industri pelancongan sudah tentulah kawasan terbaik di Malaysia adalah lembah klang kerana pendapatan perkapita di Lembah Klang adalah paling tinggi di negara ini. Dan sebab itu, lebih daripada 25 peratus keluarga yang berada di Lembah Klang berkemampuan membelanjakan lebih RM20 ribu setahun untuk aktiviti pelancongan,”katanya.

No comments
Post a Comment