Ziarah jenazah Al Marhum Sultan Iskandar
JOHOR BAHARU: Kerabat diraja, orang kenamaan dan rakyat daripada segenap lapisan masyarakat membanjiri pekarangan Istana Besar di sini, hari ini untuk menziarahi jenazah Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, yang mangkat semalam.
Rakyat dilihat mulai membanjiri pekarangan Istana Besar seawal pukul 9 pagi, dan dibenarkan masuk Dewan Besar istana 50 minit kemudian untuk memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Almarhum yang disemayamkan di situ.
Sultan Johor Tunku Ibrahim Ismail, Sultanah Zarith Sofiah dan anggota kerabat diraja Johor, Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman serta pembesar-pembesar negeri berada di dewan itu.
Orang ramai yang berpakaian tanda perkabungan dibenarkan membuat satu pusingan mengelilingi pelambar (keranda) menempatkan jenazah yang dilitupi bendera Sultan Johor sambil membacakan doa mengikut kepercayaan agama masing-masing.
Tempoh ziarah jenazah Almarhum bagi orang ramai ditetapkan mulai 10 pagi sehingga 11 pagi, manakala tempoh untuk orang kenamaan ditetapkan mulai 11 pagi hingga 12.30 tengah hari. Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran sentiasa diperdengarkan di dalam dewan besar itu.
Selepas diziarahi rakyat jelata, jenazah Almarhum dibawa ke Dewan Singgahsana Istana Besar dan ditempatkan di atas petrana setinggi tiga anak tangga berwarna kuning diraja untuk diberi penghormatan oleh kerabat diraja, orang kenamaan, pembesar dan wakil rakyat.
Pelambar dilitupi dengan bendera peribadi Almarhum selain mahkota dan keris baginda ditempatkan di atasnya, dan dikelilingi 17 bantal kuning yang setiap satunya mempamerkan darjah-darjah kebesaran Almarhum. Terdapat empat pengawal, masing-masing terdiri daripada pegawai tentera udara, laut, darat dan polis yang ditempatkan di setiap penjuru tahtaratna itu.
Berangkat menghadiri upacara itu ialah Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah, Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, Raja-Raja Melayu termasuk Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, Sultan Perak Sultan Azlan Shah, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah; Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Turut hadir ialah Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Ahmadshah Abdullah, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Khalil Yaakob dan Yang Pertuan Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas. Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri-menteri kabinet dan timbalan, menteri-menteri besar dan ketua menteri adalah antara pembesar yang menghadiri upacara itu.
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong merupakan antara pemimpin luar negara yang memberi penghormatan terakhir. Suasana pilu menyelubungi Dewan Singgahsana setiap kali surah Al-Fatihah dan doa dibacakan oleh Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut.
Jenazah Almarhum kemudian disembahyangkan pada kira-kira pukul 1.05 petang dengan diimamkan oleh Nooh sebelum diusung menuruni tangga Istana Besar oleh Tunku Bendahara Tunku Abdul Majid dan cucunda-cucunda Almarhum termasuk Raja Muda Tunku Ismail Ibrahim untuk diletakkan di dalam pedati khas. Perangkatan jenazah Almarhum menaiki pedati itu menuju ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah untuk istiadat pemakamam disertai Tunku Abdul Majid serta Tunku Ismail Ibrahim, dan ditarik anggota Timbalan Setia Negeri serta pasukan komando Rejimen Gerak Khas, Kem Iskandar, Mersing. Sebanyak 77 das tembakan meriam dilepaskan ke udara sebaik sahaja pedati bergerak.
Turut mengiringi jenazah ialah anggota kerabat diraja Johor dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran diperdengarkan sepanjang perjalanan sejauh tiga kilometer dari Istana Besar ke makam diraja itu.
Ribuan rakyat berdiri di sepanjang jalan dari istana ke makam diraja bagi memberi penghormatan terakhir kepada sultan berjiwa rakyat, yang memerintah Johor hampir tiga dekad lamanya.
Keseluruhan istiadat itu disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia. Akhbar-akhbar arus perdana memuatkan berita kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar di halaman depan masing-masing hari ini dengan Berita Harian dan Utusan Malaysia menampilkannya dengan warna hitam putih sebagai menghormati kemangkatan baginda. – Bernama

No comments
Post a Comment