Sembah Takziah - Salahuddin Haji Ayob

Ehwal adalah patik dengan segala hormat dan takzimnya merafakkan sembah dan berdoa Kehadrat Allah Taala, mudah-mudahan Kebawah DYMM Tuanku sentiasa berada dalam selamat kesejahteraannya.

Ampun Tuanku Beribu-ribu Ampun,

2. Warkah ikhlas yang tidak seperti ini adalah sebagai pengganti diri daripada patik yang kerdil sebagai rakyat Johor di utus dengan hasrat merakamkan ucapan takziah kepada seluruh kerabat DiRaja di atas kemangkatan ke rahmatullah Allahyarham Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan Yang Dipertuan Jajahan Johor Darul Takzim dan segala takluknya pada hari semalam.

Ampun Tuanku Beribu-ribu Ampun,

3. Patik sekalian mendoakan agar seluruh kerabat DiRaja agar tabah dan bersabar menghadapi ujian yang telah melanda. Patik sekalian juga mendoakan agar roh almarhum di tempatkan bersama-sama roh orang-orang yang soleh jua. Patik sekalian merasakan kehilangan Sultan yang berjiwa rakyat yang sukar di cari ganti.

4. Sembah patik merafak ke taatan di atas ke masyhuran Kebawah DYMM Tuanku sebagai Sultan Yang Dipertuan Jajahan Johor Darul Takzim dan segala takluknya pada hari ini. Di doakan agar Kebawah DYMM Tuanku akan menjadi payung tempatnya rakyat berlindung di atas pemerintahan mendatang, Insyakallah.

Patik akhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan doa Kehadrat Allah mudah-mudahan Kebawah DYMM Tuanku di lanjutkan usia dan berada di dalam kesejahteraan.

Sekian sahaja patik sembah maklum, diiringi dengan salam takzim jua adanya. Amin Ya-Rabbal-Alamin dan Jazakallah Khairan Kasiro.

Adalah patik dengan segala
Hormat takzimnya,

SALAHUDDIN HAJI AYUB
Ipoh, Perak Darul Ridzuan
3.30 petang

No comments

Powered by Blogger.