ADUN Damansara Utama Stabil Selepas Pembedahan

Oleh Fazilah Sahir

SUNWAY 15 Mac - Ahli Dewan Undangan Negeri Damansara Utama Dr Cheah Wing Yin dilaporkan dalam keadaan stabil selepas selamat menjalani pembedahan di kedua-dua belah kakinya semalam ekoran kemalangan yang hampir meragut nyawa beliau.

Dr Cheah, 56, yang juga merupakan konsultan psikiatri di Pusat Perubatan Sunway dikejarkan ke hospital tersebut kira-kira 10.30 pagi Sabtu lalu selepas dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda berdekatan Plaza Tol Batu Tiga Shah Alam.

Dalam kejadian tersebut kenderaan beliau rosak teruk menyebabkan kecederaan parah di kedua-dua belah kaki serta jari kelingking kanannya patah.

Menurut isteri beliau Cheah Wai Suet, 56, walaupun keadaan suaminya lemah selepas pembedahan pagi semalam namun kini sudah kembali stabil.

"Selepas pembedahan pagi tadi beliau masih tidak boleh bercakap dengan baik, dan keadaannya masih lemah. Kini beliau sudah kembali stabil dan masih memerlukan rehat yang panjang." kata Wai Suet.

Anak lelaki beliau Cheah Wei Leong, 27, berkata keadaan ayahnya agak parah ketika dimasukkan ke hospital.

Sehingga pembedahan pagi tadi dilakukan, kira-kira 30 bag darah telah digunakan oleh pihak Pusat Perubatan Sunway yang diambil daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Menurut Wei Leong lagi keluarga dan pihak hospital juga mengalami kesulitan ekoran perlu menggantikan 30 bag darah jenis 0 positif kepada HUKL tersebut.

Tambah Wei Leong terdapat beberapa individu yang sudi mendermakan darah tersebut, namun ia masih belum mencukupi.

"Kami memerlukan penderma darah jenis 0 postif untuk menggantikan 30 bag darah yang dipinjam itu. Maka kami menyeru mana-mana individu yang sudi menderma untuk hadir ke Pusat Perubatan ini." kata Wei Leong yang ditemui Suara Keadilan.

Bercakap bagi pihak keluarganya, Wei Leong turut memberi penghargaan kepada pemimpin Pakatan Rakyat serta rakyat di Damansara yang sentiasa mengambil berat keadaan ayahnya.

Turut melawat Dr Cheah di wad termasuk Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, ADUN Bukit Lanjan Elizabeth Wong dan ADUN Sri Andalas Dr Xavier Jayakumar.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.