Bendung Segera Gejala Campur Tangan Politik Dalam PDRM

Oleh Faizal Ezzany

KUALA LUMPUR 22 Mac - Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sistem pentadbiran negara yang pincang oleh Unmo-Barisan Nasional menyebabkan negara tidak lagi selamat dan kehidupan rakyat tidak terjamin.

Beliau berkata demikian merujuk kepada kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berhubung penglibatan pihak ketiga dalam pentadbiran polis.

"Penglibatan pihak ketiga dalam PDRM memang jelas berlaku dan kegagalan Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan yang tegas. Selain itu saya lihat wujud perhubungan yang tidak sihat antara kedua-dua pihak Ketua Polis Negara dan juga menteri terbabit.

"Selain campur tangan dalam PDRM, kes yang di berlaku mengenai rahsia pertahanan negara menunjukkan dengan jelas Unmo tidak berminat dalam hal keselamatan.

"Ingin saya nyatakan situasi ini menimbulkan bahaya kepada negara selain sikap keadilan yang mungkin tidak terjamin lagi.

"Penglibatan politik dianggap paling kritikal dan perlu dibendung segera, dunia politik tidak boleh terlibat dengan pihak berkuasa kerana ini akan wujud penyalahgunaan kuasa dan mereka yang mempunyai kepentingan akan menggunakan landasan PDRM menunaikan impian mereka," kata Anwar pada sidang media di Parlimen hari ini.

Ketua Pembangkang menegaskan KDN sepatutnya memandang serius tentang hal tersebut dan jangan hanya menyerahkan perkara itu kepada KPN sahaja.

Kementerian perlu turun ke padang dan membuat siasatan terhadap dakwaan tersebut dan jika sesiapa di dapati terlibat tindakan tegas perlu diambil.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.