"Berita baik" buat kaki judi, hadiah RM8,888,888!

KUALA LUMPUR: Satu permainan judi yang dipanggil Supreme Toto 6/58 yang menawarkan jaminan hadiah minimum serta merta sebanyak RM8,888,888 - hadiah tertinggi di negara ini - akan dilancarkan pada 18 Mac, kata Sports Toto Malaysia Sdn. Bhd, baru-baru ini. Satu perkembangan hebat dan menakjubkan buat Malaysia Darul Judi!



Pengendali permainan loteri yang dimiliki sepenuhnya Berjaya Sports Toto Sdn. Bhd itu dalam satu kenyataan berkata, kelulusan telahpun diperolehi untuk menggantikan Super Toto 6/49 dengan permainan baru itu.

Supreme Toto 6/58 berasaskan kepada RM2 bagi satu taruhan. Jualan tiket bagi permainan baru itu akan dimulakan pada hari cabutan pertama akan diadakan iaitu pada 20 Mac.

Dengan pengenalan permainan baru itu, kini terdapat tiga permainan Toto ditawarkan oleh syarikat Sports Toto iaitu Supreme Toto 6/58, Power Toto 6/55 dan Mega Toto 6/52.

Cabutan terakhir Super Toto 6/49 akan diadakan pada 17 Mac. Baki hadian Super Toto 6/49 sekiranya tidak dimenangi akan ditambah kepada hadian Supreme Toto 6/58.

Memandangkan jumlah baki hadiah dianggarkan sebanyak RM1.5 juta, hadiah minimum yang dijamin bagi Supreme Toto 6/58 barangkali melebihi RM10,000,000 sebagai permulaan.

Kita nak dengar komen Menteri Kewangan dan Menteri Kewangan II yang meluluskan judi baru ini ...

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.