Cadangan Noh Omar Ditolak, Pengimpot Ikan Boikot Hari Ini
Para pengimport dan pemborong ikan memutuskan untuk menghentikan operasi membawa masuk ikan import mulai hari ini ekoran tidak berpuas hati dengan arahan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menguatkuasakan penggunaan Kotak Ikan Berinsulasi Bergred Makanan (KIBFG).
Tindakan itu akan melibatkan kira-kira 1,000 metrik tan ikan import yang dibawa masuk dari Thailand dan Indonesia setiap hari.
Pengerusi Jawatankuasa Pengimport/Pemborong Ikan dan Sumber Laut Malaysia, Datuk Yusoff Ismail berkata, tindakan itu diambil ekoran penggunaan KIBGF akan meningkatkan kos operasi sedangkan tong ikan biasa yang digunakan sejak 20 tahun lalu lebih murah.
Mereka membantah tindakan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang bertegas mahu menguatkuasakan penggunaan kotak ikan berinsulasi.
Menurutnya, pemborong ikan dari kedua-dua negara berkenaan juga dimaklumkan untuk menghentikan penghantaran ikan ke negara ini jika arahan penggunaan kotak ikan berinsulasi tidak ditarik balik.
“Pengimport juga menolak cadangan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar yang menyatakan kerajaan akan turut mengenakan subsidi kepada bilangan kotak ikan berinsulasi secara terhad pada mesyuarat yang diadakan Khamis lalu itu.
Yusoff juga membantah syarat mewajibkan pembelian kotak berinsulasi itu hanya daripada KF Marketing Sdn Bhd (KFM) yang ditaja Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).
Katanya, monopoli KFM itu bersifat menindas rakyat kerana semua kos tambahan akan disalur kepada mereka, walhal lima kilang lain bersetuju menjual kotak sama pada harga lebih murah.
Ahli jawatankuasa Persatuan Import dan Eksport Malaysia, Tan Chee Meng, berkata sebahagian besar pengimport ikan dari Johor, Selangor, Kedah dan Perak nekad menghentikan import ikan mulai hari ini.
“Saya difahamkan beberapa pemilik bot juga sudah mengurangkan operasi menangkap ikan kecuali mereka yang memiliki kemudahan sejuk beku untuk menyimpan hasil tangkapan sementara menunggu kesudahan kemelut baru ini.
“Walaupun kempen boikot ini hanya membabitkan ikan import, nelayan tempatan juga dikhuatiri menghadapi kesukaran memasarkan ikan kerana lori milik pemborong dijangka tidak akan beroperasi sepanjang tempoh boikot untuk mengangkut hasil tangkapan,” katanya.
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment