Chua Soi Lek Presiden MCA

DUA Ong yang merebut jawatan presiden MCA hari ini tidak mempunyai 'ong' apabila mereka kalah. Kedua mereka bekas presiden MCA, Ong Tee Keat dan Ong Ka Ting yang muncul semula disaat-saat akhir, gagal menafikan sokongan ahli MCA kepada Chua Soi Lek.

Chua Soi Lek sekejap tadi diumumkan sebagai pemenang jawatan presiden MCA dengan memperolehi undi sebanyak 901 undi menewaskan Ong Tee Keat yang mendapat 578 undi.

Manakala untuk jawatan timbalan presiden pula dimenangi oleh Menteri Kesihatan, Liow Tiong Lai menewaskan timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kong Cho Ha. Sebelum ini remours mengatakan Cho Ha menang jawatan timbalan presiden.

Kemenangan Cha Soi Lek itu menjelaskan isu peribadi yang dialami oleh bekas Menteri Kesihatan itu tidak menjadi perhatian dan masalah kepada masyarakat Cina negara ini.

Chua Soi Lek dimalui dengan penyebaran VCD skandal sex beliau menjelang pemilihan parti yang lalu. Bagaimana pun dalam pemilihan itu walaupun tidak menjawatan jawatan menteri beliau masih terpilih sebagai timbalan presiden MCA.

Perkembangan ini menunjukkan pendedahan skandal sex dengan tujuan memalukan seseorang tidak memberi bekas malahan ia mendapat simpati kepada mangsanya. Kemenangan Chua Soi Lek itu dilihat sebagai ketinggian politik masyarakat Cina yang memilih pemimpin bukan berdasarkan syaksiah pemimpinnya tetapi perjuangan seseorang itu. Masyarakat Cina jelas meletakkan soal maruah dan masa depan parti daripada masa depan individu.

Sudah pasti apa yang berlaku kepada politik kaum Cina itu akan turut terikut dalam politik orang Melayu di masa depan, di mana apa yang perlu dilihat ialah perjuangan, komitmen seseorang pemimpin itu kepada perjuangannya dan bukan kepada peribadinya.MSO

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.