Dunia Berubah Tapi Umno-BN Belum Sedar Diri Selepas 50 Tahun
TAIPING 28 Mac - Umno-Barisan Nasional pasti menuju kehancuran pada pilihan raya umum akan datang kerana gagal menghayati mesej yang disampaikan rakyat pada PRU 2008 lalu dengan kehilangan lima negeri.
Malah langkah menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak setelah 10 bulan mentadbir negeri dengan baik dan lancar menguatkan lagi persepsi rakyat bahawa kezaliman dan penindasan akan berterus berlaku sekiranya Umno-BN dibenarkan mengekalkan kuasa.
Ketua Penerangan KEADILAN Perak, Zulkifli Ibrahim berkata oleh kerana takutkan kebangkitan serta kuasa rakyat, Umno-BN tidak putus-putus mengasak Pakatan Rakyat hampir saban hari.
"Dari segi psikologi, parti yang hendak mati akan menyerang parti yang kuat. Umno-BN akan kalah dalam PRU ke-13 sebab itu mereka rencanakan program menyerang Pakatan Rakyat bertubi-tubi tanpa henti.
"Mereka bagi rasuah kepada Ahli-ahli Parlimen kita dengan umpan wang ringgit tapi jangan risau kita pun tidak mahu katak-katak yang melompat itu. Kalau mereka 'gentlemen' mereka mesti letak jawatan," kata Zulkifli semasa berucap pada lebih 300 penyokong di pelancaran Gerakan Gelombang Rakyat (Gegar): Gempita Perak Ke Putrajaya di Simpang, Taiping petang semalam.
Zulkifli juga membidas Menteri Besar 'Mahkamah', Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang didakwa tidak melakukan sebarang pembangunan untuk merubah nasib rakyat terutamanya golongan miskin serta mengatasi masalah pengangguran di Perak.
"Mana ada pelaburan yang di bawa masuk ke negeri Perak sejak 12 bulan Umno-BN merampas kuasa? Tiap kali jumnpa rakyat Zambry beri duit, beri makan tapi tak buat apa-apa untuk membawa perubahan kepada ekonomi negeri.
"Selama 10 bulan Pakatan Rakyat memerintah Perak rakyat sudah selesa dengan kemajuan dan perubahan yang kita bawa tetapi Zambry tidak bawa apa-apa," kata beliau.
Beliau menambah walaupun rkyat telah menghantar mesej yang jelas namun Umno-BN terus merompak kekayaan dan harta rakyat tanpa rasa insaf ke atas penyelewengan yang dilakukan sejak lebih 50 tahun.
"Sekarang ini zaman perubahan, seluruh dunia sudah berubah tetapi Umno-BN tidak berubah dan tidak sedar diri setelah 50 tahun memerintah. Mereka masih belum sedar dan terus mencuri duit rakyat," ujarnya.
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment