Flip flop lagi !!
Timbalan Menteri Kewangan dua mengumumkan bahawa sidang parlimen bermula 16 Mac 2010 ini tidak akan membentangkan bacaan kali kedua RUU GST yang dijadualkan akan dibaca pada kali ini. Pertamanya ana nak ucapkan tahniah kepada YB Dr Hatta yang telah membuat inisiatif untuk menggerakkan rakyat membantah pembentangan ini sehingga pengumuman terpaksa dibuat untuk menangguhkan dulu walaupun telah dibuat bacaan pada kali pertama pada penggal lepas dalam bulan Disember 2009.
Keduanya ana nak ucapkan tahniah kepada kerajaan kerana menunjukkan sikap flip flop macam zaman Pak Lah juga , buat sesuatu tanpa perancangan lepas tu tangguh konon kerana nak dapatkan makluman atau tindak balas rakyat. Ni bukan kajian saintis dalam makmal, Pak Menteri oi, ini melibatkan rakyat dan kehidupan . Ia melibatkan bilion duit rakyat dan hasil negara. Walaupun kita tidak menafikan bahawa salah satu cara untuk mendapat sumber negara adalah dengan cukai GST ini, tetapi perlu ada syarat marat nya sebelum ianya dilaksanakan.
Antaranya adalah ekonomi rakyat mestilah tinggi , pendapatan yang tinggi barulah layak semua rakyat dikenakan cukai GST dan bila ini berlaku barulah mereka tidak merasa kesan yang menghimpit kehidupan mereka.
Menurut sebuah kajian yang dijalankan, didapati bahawa didalam negara kita, 93 % rakyat masih lagi belum berkemampuan untuk dicukai melalui GST ini kerana pendapatan mereka yang rendah. Pada masa ini, income tax yang dikenakan hanya melibatkan mereka yang mempunyai pendapatan tertentu sahaja, dan ini sudah boleh memberikan kepuasan hati kepada rakyat, tetapi bagi negara ianya masih belum menjana sumber hasil yang mencukupi kerana hasil bumi kita terutama petrolium sudah semakin menyusut untuk jangka masa panjang, oleh itu salah satu yang diamalkan dinegara yang maju dan berpendapatan tinggi adalah GST ini.
Kita amat menyokong usaha kerajaan untuk menjana ekonomi berimpak tinggi dalam plan ekonomi, tetapi untuk mengenakan culai GST semasa rakyat masih belum mencapai ekonomi berpendapatan tinggi ini adalah sesuatu yang amat malang sekali. Bukab setakat tangguh, tetapi batalkan terus bahkan dicadangkan agar ada satu usul pula untuk menrik balik RUU ini yang telahpun dibaca pada bacaan kali pertama dahulu saperti banyak RUU yang telah ditarik balik sebelum ini.
Perkara kedua flip flop kerajaan adalah pasal penstrukturan semula subsidi minyak yang dicadsangkan juga pada kali ini , tetapi ditangguh kerana untuk dibuat kajian lanjut. Yang ini kita mungkin boleh sokong kerana banyak ternampak kepincangan yang akan berlaku saperti cadangan yang pernah disuarakan saperti menggunakan My Card khas atau apa juga ID card yang bakal menjadikan sistem distesyen minyak huru-hara dan keliru bahkan mungkin akan wujud penipuan yang lebih besar lagi didalam pembelian minyak ini.
Ketiga adalah tentang beras SUBUR yang menjadi kecoh didalam perbahasan yang lalu sehingga menyebabkan dewan terpaksa ditangguhkan kerana Menteri tidak dapat menjawab dengan baik dan jelas pasal hanya ahli umno yang layak dapat saperti borang yang tersiar didalam akhbar berbahasa Cina dan keperluan kepada cop ketua UMNO didalam borang e kasih yang diisi. Lalu ditangguhkan juga pemberian beras untuk rakyat tersebut ( SUBUR).
Keempat adalah pelupusan kenderaan yang berusia lebih 15 tahun yang dicadangkan dan ianya amat menggusarkan orang kampong yang rata-rata menggunakan kereta yang lama dan berusia ini dan juga menjadi tajuk perbahasan yang panas juga didalam parlimen sehingga menyebabkan kerajaan membatalkan cadangan tersebut.
Ini jelas menggambarkan bahawa Malaysia yang ber Perdana Menterikan satu Malaysia ini semacam tidak pandai dan peka dengan sesuatu peraturan yang hendak dibuat untuk kesejahteraan rakyat , tidak mendapat pandangan rakyat saperti yang sering dilaungkan rakyat didahulukan , tetapi dah nak buat , baru tiba-tiba tangguh atau batal kerana rakyat nak demo atau rakyat bantah. kalulah dibuat pendengaran awam dan ambil maklumbalas daripada rakyat , lepas tu baru buat RUU barulah tidak nanti dikatakan flip flop dalam membuat sesuatu.
Satu perkara yang mungkin akan menggusarkan rakyat ramai tentang insuran kenderaan yang bakal katanya diimplementasikan dalam bulan Jun 2010 ini adalah tentang NFL , yakni insuran yang dibayar kepada mereka yang mengalami kemalangan saperti kecacatan akan dihadkan kepada jumlah tertentu sahaja tidak saperti mana sekarang ini dimana ianya bergantung kepada jenis kecacatan atau kerosakan. Ini khabarnya didesak oleh syarikat insuran yang mengalami kerugian kerana membayar pampasan kepada kecacatan yang dialami oleh pembayar premium hasil daripada kemalangan yang berlaku.
Kemungkinan yang yang agak teruk dialami oleh umat Islam yang tidak mengambil insuran nyawa atau hayat berbanding yang bukan Islam yang akan dilindungi oleh insuran nyawa. Diharap perkara ini akan mendapat perhatian rakyat juga kerana kadar kematian dinegara kita cukup besar akibat kemalangan jalanraya.
Mengasia mencatatkan kematian akibat kemalngan dalam angka 7 ribu daripada 27 juta rakyat setahun berbanding England hanya 2700 kematian daripada 70 juta rakyat mereka.
http://mppendang.blogspot.com/
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment