Graduan Selangor harus berwawasan
SHAH ALAM, 11 Mac - Graduan di Selangor harus berwawasan dan melakukan melonjak menuju kecemerlangan akademik bagi merealitikan hasrat kerajan negeri untuk menjadi hab ilmuwan tersohor di rantau ini.
Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, ketinggian rohani termasuk citra dan jati diri juga berperanan dalam membina tamadun yang dihormati.
Abdul Khalid berkata demikian pada Konvokesyen Diploma Kejuruteraan Jepun kali ke-3 di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini. Konvokesyen dianjur Universiti Industri Selangor dan Yayasan Pelajaran Mara.
Seramai 79 graduan menerima Diploma menerusi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik dan Kejuruteraan Mekanikal.
Abdul Khalid menegaskan pengetahuan dan kemahiran perlu ditingkatkan dari kategori baik kepada cemerlang menerusi bacaan, pergaulan dan amalan.
Abdul Khalid berkata proses menuntut ilmu tidak terbatas malah ini adalah proses yang berterusan sama ada melalui kaedah formal atau tidak formal.
“Para graduan perlu sedar betapa ilmu pengetahuan dan kemahiran mudah menjadi jumud atau lesu sekiranya tidak diamalkan. Cukup malang sekiranya graduan hanya kelihatan mampu menamatkan pengajian dan menerima ijazah atau diploma tetapi gagal menerapkan atau menggunakan ilmu yang dipelajari.”
“Setiap kerjaya yang diceburi memerlukan pengetahuan, kemahiran dan keterampilan lanjutan dan tersendiri yang perlu ditokok tambah melalui latihan-latihan perkhidmatan dan dalam perkhidmatan yang disediakan oleh majikan atau organisasi yang terlibat, di samping melalui inisiatif individu,” katanya.
Turut hadir ialah Canselor Unisel, Datin Seri Rosmah Mansor.
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment