Jangan Hiraukan Si Jebat Yang Tak Cerdik.

Pemecatan Zulkifli Nordin dari PKR nampaknya diambil pusing oleh Pas. Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar menolak cadangan untuk menerima Zulkifli ke dalam Pas begitu juga Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali.

Zulkifli Noordin mungkin ternampak bayangan Najib.Tak pun Zulkifli akan kemaruk untuk meneyertai kelab Ibrahim Ali dan sememangnya elok bersama Ibrahim, boleh membedal sesiapa sehingga PRU-13 sahaja. Ibrahim Ali juga amat merindui Zulkifli Nordin untuk dibungkus bersama nanti.

Kenyataan Mahfuz betul juga, bagaimana sekiranya Zulkifli bising-bising dalam Pas menunjukkan Islamnya melebihi orang Pas sendiri. Nanti susah pula jadinya. Kalau dalam Pas pun akan ada onarnya juga nanti kerana hatinya terikat untuk bersama Najib. Bising-bising tentang Islam, mungkin main acah-acah aja.

Jadi orang-orang Pas tak payah nak sibuk-sibuk pasal Zulkifli, nanti dia semakin ‘meta’ dan ‘gong’ apabila orang sibukkan dia. Pasal Zulkifli ni, dialah si Jebat yang tidak cerdik.
http://www.ek-ele.co.cc/
"
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.