Katak Pelabuhan Klang Puas Hati Melompat
KUALA LUMPUR 11 Mac - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang yang merupakan bekas wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Abdullah menyifatkan tindakannya keluar daripada parti pembangkang itu tahun lalu adalah satu keputusan tepat.
Katanya, keputusan itu yang dilakukannya kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti itu kini terbukti turut dirasai beberapa lagi rakannya daripada PKR yang mengambil keputusan sama baru-baru ini.
"Hari ini terbukti keputusan yang saya buat sudah ada pengikut dan alasan saya iaitu hilang kepercayaan terhadap parti itu mempunyai asas yang kuat," katanya dalam blog adunbebasn46.blospot.com.
Badrul Hisham sebelum ini pernah menggemparkan politik tanah air terutama pembangkang apabila mengumumkan keluar daripada PKR pada 29 Oktober 2009 dan menjadi ADUN Bebas kawasan Pelabuhan Klang.
Tindakannya itu kemudian diikuti beberapa lagi wakil rakyat PKR seperti ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim; Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng; Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri dan Ahli Parlimen Kulim Bandar-Baharu, Zulkifli Noordin serta beberapa ADUN parti itu.
Badrul Hisham berkata, perjuangan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah terbukti jauh menyimpang dari asal.
Katanya, Anwar hanya mahu memenuhi cita-cita peribadinya untuk menjadi Perdana Menteri dengan apa cara sekalipun.
"Saya menyeru kepada sahabat-sahabat yang masih lagi berada dalam 'kapal PKR' agar segera membuka mata dan hati untuk membuat keputusan demi masa depan agama, bangsa dan negara kita.
"Lihatlah sendiri dengan hati yang terang betapa jelasnya kepimpinan Anwar sudah tidak boleh dipercayai lagi oleh sahabat-sahabat karib beliau sendiri," katanya.
Jelasnya, semua kemelut di dalam PKR yang berlaku kini sudah cukup untuk membuka minda mereka yang masih lagi berada di dalam PKR.
"Saya tidak akan terkejut sekiranya akan ada lagi pengumuman yang bakal dibuat oleh ahli Parlimen dan ADUN daripada PKR selepas ini," katanya.
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment