Kepimpinan kanan UMNO masih tidak faham?

Image
Tun Faisal Ismail Aziz - EXCO Pemuda UMNO Malaysia


Tun Faisal Ismail Aziz, EXCO Pemuda UMNO Malaysia dan juga Pengerusi Unit Media Baru dalam temu bual dengan malaysiandigest mengakui bahawa BN/UMNO masih ketinggalan dalam media laternatif atau media baru berlandaskan Internet. Langkah utama Unit Media Baru adalah untuk memberi penerangan kepada kepimpinan kanan UMNO mengenai betapa pentingnya peranan media alternatif dalam memastikan mesej dan informasi sampai kepada rakyat. Pengerusi itu memaklumkan langkah pertama mereka adalah untuk pulang ke asas – memberi kesedaran dan penerangan kepada kepimpinan kanan BN/UMNO mengenai media alternatif dan media baru.

Mengakui hakikat BN/UMNO yang masih ketinggalan dalam media baru ini, www.umno-reform2.com perlu menambah bahawa bukan sahaja kepimpinan kanan dalam UMNO kurang memahami mengenai peri pentingnya media alternatif Internet ini tetapi ada kepimpinan yang sedar tetapi telah di manipulasi oleh pihak-pihak tertentu yang hanya mahu mengaut keuntungan demi kepentingan tersendiri. Kesedaran telah bertambah di kalangan kepimpinan UMNO tetapi pelaksanaannya sering di culik oleh mereka yang hanya mahu menggunakan alasan perjuangan untuk mengaut lebih dari apa yang patut. Ada yang tidak mahir dalam penulisan, gerak perang saraf dan penggunaan Internet telah di minta untuk membentuk laman dan menyediakan tapak untuk menangkis fitnah pembangkang – akhirnya seakan-akan memberi wang percuma kepada mereka. Ada pula yang dapat peruntukan dari individu tertentu – organisasi dalam kerangka UMNO dan Kerajaan tetapi lenyap begitu sahaja.

Dalam perkara ini, Tun Faisal lebih melihat hakikat dan realiti. Peranan media alternatif atau media baru penting. Tun Faisal juga secara realistiknya mengakui, bahawa BN/UMNO ketinggalan dan keputusan pilihan raya 2008 mempunyai kaitan kuat dengan perkembangan media alternatif yang hari ini di dominasi sepenuhnya oleh pembangkang. Namun BN/UMNO masih teraba-raba mencari formula sedangkan media alternatif yang di monopoli oleh pembangkang semakin matang dan di terima.

BN/UMNO perlu segera memikirkan jalan terbaik dari hanya duduk memberi kenyataan media mengenai keburukan media alternatif hanya kerana BN/UMNO tidak dapat ruangan dalam media alternatif. Kepimpinan BN/UMNO perlu serius dengan kehadiran media alternatif ini kerana generasi muda hari ini – merujuk kepada laman web untuk sumber informasi mereka.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.