Ketua Pembangkang, Wakil Bebas Jadi Perhatian Apabila Parlimen Bersidang Mulai Isnin
Oleh Sharifah Nur Shahrizad Syed Mohamed Sharrer
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-12 yang akan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Isnin dijangka mengundang tumpuan khususnya perubahan tempat duduk anggota Dewan Rakyat jika jawatan ketua pembangkang yang kini disandang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertukar tangan.
Walaupun partinya, Parti Keadilan Rakyat, tidak lagi mempunyai kelebihan kerusi berbanding pembangkang lain setelah empat wakil rakyatnya kini menjadi wakil Bebas, maka sekiranya Anwar masih menyandang jawatan ketua pembangkang, ini bermakna jawatan itu dipegang oleh pemimpin yang bukan daripada parti yang menguasai majoriti kerusi.
Seperti dijelaskan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia baru-baru ini, Anwar boleh terus menjadi ketua pembangkang selagi beliau mendapat sokongan majoriti wakil pembangkang.
Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang masing-masing telah menyatakan mereka tidak akan berebut jawatan itu. Namun begitu, jawatan itu tetap bakal menjadi perhatian apabila dewan bersidang.
Pada persidangan kali ini, sejarah juga bakal dilakar kerana terdapat pertambahan kerusi anggota Parlimen Bebas. Ini kerana empat anggota PKR kini menjadi wakil Bebas.
Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) keluar parti kerana tidak lagi sehaluan dengan kepimpinan PKR manakala Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baharu) pula dipecat oleh parti itu.
Berdasarkan kedudukan terkini, PKR mempunyai 27 kerusi, DAP 28 dan PAS 23.
Barisan Nasional selaku parti memerintah menguasai 137 kerusi dan Bebas tujuh.
Pada persidangan kali ini, pendirian dan kecenderungan wakil-wakil Bebas akan menjadi perhatian, sama ada mereka lebih condong kepada pihak kerajaan atau pembangkang.
Persidangan Dewan Rakyat kali ini dijangka menyaksikan perbahasan rang undang-undang baru termasuk Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 yang akan dibaca untuk kali kedua.
Juga dijangka dibawa ke persidangan kali ini ialah Rang Undang-undang Pelaporan Kredit 2009, Rang Undang-undang Data Peribadi 2009 dan Rang Undang-undang Perubatan Tradisional dan Komplementari.
Belum dapat dipastikan sama ada pindaan terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dibentangkan kali ini.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar tidak menolak kemungkinan persidangan akan menjadi hangat berdasarkan perkembangan politik semasa tanah air.
Malah beliau menjangka kemelut dalaman PKR sekarang akan turut diheret ke dalam dewan.
Kali ini juga, anggota Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo daripada DAP, yang digantung 12 bulan daripada menghadiri persidangan sejak 12 Mac tahun lepas akan kembali ke Dewan.
Wan Junaidi berkata berdasarkan pengalamannya mengendalikan persidangan Dewan Rakyat sejak dua tahun lepas, beliau yakin akan dapat menangani sebarang situasi yang mungkin mewarnai persidangan kali ini.
Beliau bagaimanapun berharap segala urusan kerajaan termasuk pembentangan rang undang-undang dapat berjalan lancar.
"Kita tidak boleh lari daripada situasi kecoh tetapi saya harap kekecohan tidak menular sehingga menghalang tanggungjawab asal anggota Parlimen," katanya.
Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Rosmee Hamzah mengesahkan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah meluluskan kedudukan kerusi bagi empat anggota Parlimen Bebas yang baru, yang kini ditempatkan di Blok F, berhampiran Datuk Ibrahim Ali.
"Setakat hari ini, inilah kedudukan kerusi bagi empat anggota Parlimen Bebas yang baru ini," katanya.
Tempat duduk ahli-ahli Dewan Rakyat terbahagi kepada sembilan blok iaitu Blok A hingga Blok I.
-- BERNAMA
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment