Ketua Pemuda Penyokong PAS mati ditembak

Harakahdaily

TELUK INTAN, 15 Mac: Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak, Siva Pandian mati ditembak di hadapan kedai mencuci kereta miliknya di Langkap, sebentar tadi.

Dua das tembakan dengan satu mengenai kepala dan dada mengakibatkan beliau mati di tempat kejadian jam 3 petang tadi.

Difahamkan, suspek menaiki motosikal datang ke kedainya lalu melepaskan tembakan.

Polis pada waktu ini sedang berada di tempat kejadian, manakala mayat mangsa belum dialihkan.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.