Lagi penasihat dilantik Najib, ringanlah beban Najib

Berapa ramai lagi Najib nak lantik penasihat di sekelilingnya? Nak jadikan satu 'team kabinet' lain pulak ke? Bestnya kalau dapat jadi PM ni ye, semua ada penasihat. Bila penasihat dah keliling pinggang, maka goyang kakilah kita.

Lantik ramai-ramai penasihat, lagi banyak belanja perlu dikeluarkan. Belanja pulak kalau keluar dari poket Najib, takpe lah. Tapi yang tak bestnya, duit tu keluar dari 'kantong' wang rakyat.

Apa pula kerja PM jika semuanya nak kena ada penasihat? Itu tak termasuk setiausaha kanan, kiri, belakang, depan, khas tak khasnya, semuanya ada. Kalau camtu, baik tak payah ada PM dan menteri-menteri jika semuanya orang lain (penasihat) yang uruskan. Membazir aje la camtu.

Mentang-mentang PM orang Pahang, Datuk Dr Zakri Abdul Hamid pun orang Pahang jugak. Patutlah dilantik.



Laporan media bernama, Pengarah Pusat Kajian Kelestarian Global Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Emeritus Datuk Dr Zakri Abdul Hamid, dilantik sebagai Penasihat Sains kepada Kerajaan Malaysia bagi tempoh dua tahun berkuatkuasa 1 Mac.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam kenyataannya, berkata Zakri, 61, akan bertindak sebagai pegawai penasihat sains utama kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan Malaysia.

Menurut kenyataan itu, Zakri bertanggungjawab mengemukakan dasar, strategi, prosedur, dan langkah-langkah berkaitan agenda Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) serta tindakan kerajaan bagi meningkatkan pencapaian dan kelestarian sosio-ekonomi negara.

"Tanggungjawab beliau juga merangkumi mengoptimakan sumber dan keutamaan bagi transformasi Malaysia menjadi sebuah negara yang berteknologi tinggi, dan menjadi rujukan utama bagi negara lain," menurut kenyataan itu.

Selain mempengerusikan Majlis Sains dan Penyelidikan Negara, Zakri juga dipertanggungjawabkan untuk merapatkan hubungan jaringan antara kerajaan dan saintis serta organisasi dalam dan luar negara. -bernama
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.