MANIKAVASAGAM:SAYA TIDAK MENYOKONG PENJENAYAH

Sebuah akhbar harian Tamil milik parti komponen Barisan Nasional menuduh saya sebagai menyokong jenayah, susulan permintaan kepada Ketua Polis Negara untuk turut menyiasat keluarga mangsa pembunuhan kejam mendiang Adik K Haresvarran, 18 bulan.

Malah segelintir pemimpin parti tersebut menyokong ayah mendiang Adik K Haresvarran semata-mata beliau adalah ketua cawangan parti mereka tanpa mengambil kira pandangan jiran-jiran keluarga tersebut. Mereka juga menyuruh saya supaya hanya memumpukan perhatian di kawasan Kapar.

Sebagai makluman kepada mereka -mereka yang kurang arif, ingin saya jelaskan bawawa sebagai Wakil Rakyat dipilih oleh pengundi dari kawasan Kapar ke Parlimen MALAYSIA ,sebagai Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat serta Pengarah Biro Aduan Rakyat, Parti Keadilan Rakyat serta atas undangan oleh penghuni setempat sebagai seorang yang perihatin terhadap masalah rakyat ,tidak salahnya saya turun membantu mereka. Nampaknya pihak ini ketakutan pengaruh mereka akan pudar dengan kehadiran diri saya.

Adakah mungkin beberapa pegawai polis yang menyiram air panas ke badan Prabakar di gantung tugas jika tidak dibantu? Adakah mungkin Inkues kematian K Sujatha diadakan selepas 2 tahun jika tidak ditekan oleh saya? Kematian A Kugan mungkin menjadi Rahsia kalau bukan saya dan rakan -rakan dari PR membantu keluarganya dan banyak lagi boleh saya senaraikan. Hanya mahkamah menentukan siapa penjenayah atau tidak bukannya akhbar atau ahli-ahli parti komponen Barisan Nasional.

Kenapa pula ahli-ahli parti itu memperalatkan akhbar milk mereka serta membantu ayah mangsa jika kebenaran menyebelahi mereka? Apa salahnya membantu penduduk-penduduk Pangsapuri Vista Damansara yang telah pun membuat hampir 20 laporan polis meminta pihak polis menyiasat Ibu bapa mendiang.

Kenapakah harus penduduk bersimpati serta bersatu padu menyokong pasangan suami isteri yang dituduh melakukan perbuatan keji? Saya juga tidak menghalang polis daripada menghalang penyiasatan mereka, sebaliknya meminta agar pihak polis membenarkan keluarga melawat tertuduh kerana mereka khuatir akan kesihatan anak mereka yang sedang mengandung . Adakah itu bererti saya menyokong penjenayah?

Apa yang berlaku hari ini di perkarangan mahkamah Petaling Jaya serta tulisan akhbar jelas mempamerkan kewujudan tekanan politik pihak tertentu agar terus menuduh tertuduh walaupun ada bukti ibubapa mendiang sering bertengkar serta mendera ahli-ahli keluarga dan sebagainya.

Yang amat menyedihkan ialah kenapa pihak polis menahan isteri tertuduh walaupun beliau tidak melihat anak tersebut sebelum kejadian serta beliau tidak berada tidak kejadian. Aneh juga apabila tidak ada tindakan terhadap kawan ayah mendiang dimana anak itu berada sewaktu kejadian.

Walau bagaimanapun, seperti tertera dalam memo saya percaya pihak polis mungkin mempunyai sebab tertentu tetapi saya harap agar yang pembunuh sebenar dibawa kemuka pengadilan.


http://www.mpkapar.com/manikavasagam/posts/saya-tidak-menyokong-penjenayah/

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.