MCA desak kerajaan jangan bebani rakyat, pinta BTN diubah suai
Dalam Perhimpunan Agung Tahunan MCA (AGM) Ke-56 yang berakhir hari ini, MCA telah meluluskan beberapa resolusi.
Ubah suai BTN
Antaranya ialah mendesak kerajaan terhadap semua jabatan kerajaan seperti Kementerian Pelajaran dan Biro Tata Negara (BTN) untuk mengubah suai kursus mengikut fakta sejarah dan menyerapkan konsep 1Malaysia ke dalam kurikulumnya.
Desakan itu bagi menanam pengertian sebenar sejarah dalam diri pelajar selain bebas daripada pemikiran yang hanya berlandaskan kaum.
Sebelum ini ramai pihak telah mendesak merubah atau menghapuskan kursus BTN kerana kandungan silibusnya yang tidak bertepatan dengan konsep 1Malaysia PM.
Kebanyakan silibus dilihat hanya untuk kepentingan pihak pemerintah semata-mata disamping memburuk-buruk kaum bukan bumiputera.
Modul-modulnya juga lebih banyak ke arah memburuk-burukkan pihak pembangkang. Tanpa segan silu dalam kursus itu, penceramah secara terang-terangan akan 'menyerang' peribadi pemimpin pembangkang. Konon untuk membina jati diri kakitangan kerajaan yang bakal mendapat kerja tetapi dalam masa yang sama 'menyuap' telinga peserta dengan dakyah-dakyah untuk menyokong Umno-BN.
Ada juga yang mengandungi unsur-unsur perkauman yang jahat. Menimbulkan perasaan membenci terhadap kaum lain dan sebagainya.
Bertepatan dengan itu, hari ini, MCA menggesa kerajaan menyemak semula dan engubah suai BTN ke arah pengertian sebenar sejarah dalam diri pelajar selain bebas daripada pemikiran yang hanya berlandaskan kaum.
Tidak membebankan rakyat
Dalam resolusi MCA itu juga, kerajaan digesa agar tidak sewenang-wenangnya membebani rakyat.
Dasar-dasar ekonomi sekarang dilihat oleh MCA telah menyulit dan membebankan rakyat kehidupan rakyat. Rakyat dibebani dan disulitkan dengan pelarasan tarif air, elektrik serta tol.
Oleh kerana itu, MCA meminta kerajaan menyemak semula dan membuat pertimbangan yang sewajarnya agar rakyat tidak terbeban dengan itu semua.
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment