MCA Kembali Bergolak! Soi Lek letak jawatan, mahu pemilihan baru diadakan

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini meletak jawatan sebagai Timbalan Presiden MCA dan mahu agar pemilihan baru diadakan dalam tempoh sebulan untuk menyelesaikan krisis parti itu.

Ketika mengumumkan keputusannya itu pada satu sidang akhbar di Wisma MCA di sini hari ini, beliau berkata tujuh lagi anggota jawatankuasa Pusat (CC) MCA juga telah meletak jawatan.

Sebelum ini, 13 anggota jawatankuasa itu sudah berbuat demikian.

Ini bermakna 21 orang iaitu dua pertiga daripada anggota CC yang dipilih telah meletak jawatan bagi membolehkan pemilihan baru diadakan. - Bernama



Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.