MCA:Dulu Kata 2 Minggu Dah Selesai

KUALA LUMPUR 8 Mac - Pada peringkat ini, jalan terbaik ialah membiarkan MCA menyelesaikan masalahnya sendiri, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, Barisan Nasional (BN) yakin parti itu mempunyai pengalaman dan kepimpinan untuk mengendali urusannya sendiri.

"Tetapi kita harap apa jua krisis yang mereka (MCA) hadapi, para pemimpinnya mampu menanganinya... dan saya harap pemilihan pada 28 Mac akan menjadi kenyataan,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan program koperasi, 1Komuniti 1Koperasi di Sungai Buloh, di sini hari ini.

Muhyiddin diminta mengulas mengenai kekecohan dalam parti itu hingga mengakibatnya berpecah kepada tiga puak.

MCA menetapkan 28 Mac untuk pemilihan baru parti.
Bagaimanapun, presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat semalam merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-56 parti itu, tiga minggu sebelum pemilihan tersebut.
Muhyiddin berharap pemilihan baru itu akan membawa kepada kemunculan MCA yang lebih kukuh. - Bernama


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.