Mudahnya Ibrahim Ali dapat permit akhbar

Mudahnya Ibrahim Ali dapatkan permit terbitkan akhbar untuk PERKASA. Bertuah Ibrahim Ali atas layanan istimewa yang diberikan Kementerian Dalam Negeri di bawah menterinya, Dato` Seri Hishamuddin.

Tidak seperti akhbar pro Pakatan Rakyat, Harakah, Suara Keadilan dan Siasah. Bukan sahaja diberi layanan yang kurang memuaskan, terbitannya sebelum ini pun dihadkan.

Suara Perkasa dibenarkan terbit dua minggu sekali dan mungkin setiap hari kata Ibrahim. Jika boleh memberi kelebihan kepada kerajaan, maka ianya ditatang seperti anak emas. Asalkan dapat memanipulasikan isu demi kebaikan Umno-BN untuk terus memerintah walaupun memainkan isu perkauman yang boleh merosakkan perpaduan kaum-kaum di Malaysia.



Laporan MalaysiaKini, Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) hari ini menerima surat kelulusan dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menerbitkan akhbar mereka sendiri.

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali memberitahu Malaysiakini bahawa akhbar berkenaan berjudul Suara Perkasa.

Ditemui di pejabatnya hari ini, Ibrahim bagaimanapun berkata beliau belum memutuskan tarikh untuk mula mencetak akhbar berkenaan.

Kelulusan daripada KDN itu diterima hari ini melalui sepucuk surat, kata Ibrahim.

Akhbar tersebut akan dikeluarkan setiap dua minggu.

Menjawab soalan, Ibrahim berkata: "Tengok kalau kita mampu, kita akan buat harian pula (selepas ini)."

Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas kebelakangan sering mendapat liputan media berhubung kenyataannya membela hak orang Melayu dan Islam.

Beliau membuat kenyataan itu selaku presiden PERKASA dan menerajui penubuhan Majlis Perundingan NGO Melayu minggu lalu.

Penerbitan akhbar berkenaan dijangka membuka lebih banyak ruang kepada Ibrahim yang sering lantang menyuarakan kepentingan Melayu dan Islam.

warkah online

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.