Musa Hassan Tidak Serius Basmi Jenayah
Oleh Faizal Ezzany
KUALA LUMPUR 22 MAc - Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di bawah pimpinan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan didakwa melanggar etika polis dalam membasmi jenayah di negara ini yang semakin meningkat daripada 150,000 kepada 210,000 kes jenayah dari tahun 2005 sehingga sekarang.
Kenyataan ini diperkukuhkan lagi dengan tindakan Musa menolak permohonan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk menubuhkan Polis Bantuan (Auxiliary Police).
MBPJ sebelum ini telah membuat permohonan bagi mendapat kelulusan Ketua Polis Negara melalui Ketua Polis Daerah Petaling dengan menyatakan peruntukan sebanyak RM4.2 juta telah diluluskan dalam bajet MBPJ bagi menubuhkan polis bantuan berjumlah 50 anggota.
Keputusan yang dibuat oleh Ketua Polis Negara secara bertulis pada 17 Mac kepada MBPJ mengatakan kelulusan tidak dapat diberi dengan alasan akan wujud pertindihan kuasa antara polis dengan pasukan yang akan ditubuhkan nanti.
Dalam sidang media yang di adakah di lobi Parlimen, Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa menegaskan MBPJ mengambil tindakan positif untuk membantu polis dalam usaha membasmi jenayah yang kian meningkat sekarang.
"MBPJ telah mengambil initiatif yang pro-aktif untuk mengatasi masalah keselamatan di bandaraya tersebut. Peruntukan sebanyak RM4.2 juta telah diluluskan dalam bajet 2010 bagi menubuhkan polis bantuan seramai 50 orang.
"Cadangan ini telah menerima sokongan yang sepenuhnya daripada Ketua Polis Daerah Petaling tetapi cadangan dan sokongan itu ditolak oleh Ketua Polis Negara.
"Kita kesal dengan tindakan tersebut, MBPJ sediakan segala kemudahan dan kos bagi polis bantuan bukannya menggunakan bajet PDRM sehinggalah kepada menyediakan pondok-pondok bagi menempatkan anggota tersebut. Kita cuma inginkan kelulusan sahaja kalau, alasan berlaku pertindihan kuasa itu tidak boleh diterima kerana apa yang kita sedia maklum faktor yang meningkatnya kadar jenayah adalah disebabkan oleh kekurangan anggota polis dalam memantau setiap daerah dan tempat," jelas Sivarasa.
Beliau yang juga Naib Presiden KEADILAN juga berkata disebabkan jenayah yang tidak dapat dibendung lagi persatuan penduduk terpaksa mengambil tindakan sendiri dengan mengupah syarikat pengawal serta membina halangan-halangan jalan raya di kawasan perumahan mereka.
"Saya nak maklum halangan jalan raya yang diambil oleh persatuan adalah salah tetapi demi memastikan keselamatan, mereka rela berhadapan undang-undang.
"Bagi memastikan matlamat Bandaraya Selamat, MBPJ telah mengambil initiatif menubuhkan pasukan polis bantuan malangnya permohonan mereka ini telah ditolak oleh Kementerian Dalam Negeri.
"Jika Kementerian Dalam Negeri ikhlas untuk menangani masalah kadar jenayah yang masih meningkat, kerajaan perlu membuat penyusunan dan penugasan semula jabatan dan anggota PDRM yang berjumlah 100 ribu orang. Gunakan puluhan ribu anggota yang berada di Cawangan Khas, Polis Simpanan Persekutuan (FRU) dan Pasukan Gerakan Am bagi membantu mencegah jenayah," tegas beliau.
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment