Najib ingin kembali kepada Al-Quran

Eloklah, Najib dah nak kembali kepada Al-Quran. Najib pinta umat Islam menjadikan Al-Quran sebagai sumber ilmu dan intelektual dalam kehidupan di samping membaca dan menghafaz kitab suci itu.

Tetapi apakah pendirian PM, Datuk Seri Najib Razak sebenarnya terhadap Al-Quran? Tak kan hanya mengajak umat Islam menjadikan al-Quran sebagai sumber ilmu dan intelektual sahaja tanpa membicara kita harus kembali kepada hukum Al-Quran dan mempraktiknya dalam pentadbiran.

Ianya perlu bagi membendung masalah umat yang berleluasa iaitu rasuah, tidak amanah, lompat parti, rogol, hubungan seks luar nikah, buang anak dan sebagainya. Apakah hanya cukup mengajak menggunakan Al-Quran untuk kemajuan dan modenisasi semata-mata?

"Al-Quran juga membimbing kita bagaimana memahami definisi kemajuan dan modenisasi serta pedoman kepada kita (mengenai) pengertian sains dan teknologi," katanya pada majlis penyampaian imbuhan khas kepada johan qari dan qariah Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa di Putrajaya.

Februari lalu, Najib mengumumkan pembayaran imbuhan khas kepada johan qari dan qariah tilawah al-Quran peringkat antarabangsa secara tetap seumur hidup sebanyak RM2,000 sebulan berkuat kuasa Oktober lalu.

Walaupun Najib menyedari Al-Quran sebagai sumber berfikir dan mencetuskan anjakan perubahan dalam kehidupan bagi menyelesaikan kemaslahatan ummah, namun Al-Quran sebagai sumber tertinggi yang mencakupi semua bidang termasuk ekonomi, politik, muamalah dan pentadbiran diabaikan.

Jangan hanya mengambil Al-Quran sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain. Yang bertepatan dengan kita, kita ambil tetapi yang tidak mengikut kehendak nafsu kita, ianya diabaikan.

Melihat kepada kebejatan akhlak muda-mudi sekarang ini yang telah parah, seharusnya menjadi tanggungjawab kerajaan kembali kepada Al-Quran sebagai sumber hukum dan panduan hidup seperti yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Jangan hanya dijadikan Al-Quran sebagai bahan pertandingan setiap tahun, tetapi kandungan dalamnya tidak pula dikupas secara lebih mendalam termasuk hukumnya.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

1 comment

Kay Du Lac said...

Salam,

Benda baik biarkan je la. Baik saudara tembak benda tak baik yang PM kita buat. Dia suruh orang mendekati Al Quran, kita dekat la. Saudara pon perlu dekat kepada Al Quran. Berdosa kalau orang buat baik kita kutuk dia. Patutnya, jika orang buat baik, kita doa supaya Allah terus buka hati dia.

Pendapat peribadi je.

Powered by Blogger.