Najib Kata Kekal, Umno Perlis Kata Pergi

KUALA LUMPUR 25 Mac - Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri Titi Tinggi Yip Sun Onn menarik surat perletakan jawatan selepas menghantar surat tersebut pada Isnin lalu menunjukkan kecelaruan dalam Barisan Nasional.

Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh berkata jika Speaker DUN Perlis Datuk Yazid Mat sudah menerima surat perletakan jawatan dan Yip sendiri tidak menarik surat tersebut, surat tersebut adalah sah.

"Perdana Menteri bukan ADUN Titi Tinggi bukan tuan punya diri jadi saya rasa ini adalah satu bukti bahawa dalam Barisan Nasional semuanya tunduk kepada Najib.

"Bagi KEADILAN kita telah menggerakkan jentera pilihan raya untuk bersedia menghadapi sebarang pilihan raya dalam masa dua bulan.

"Apa pun Yip mesti berani perjelas pendiriannya bukan SPR, bukan Najib, bukan Hishammuddin dan beliau sendiri sepatutnya menentukan", kata Fuziah kepada Suara Keadilan.

Isnin lalu Yip, 52, menghantar surat peletakan jawatan sebagai ADUN Titi Tinggi kerana kecewa tidak dilantik semula memegang jawatan exco kerajaan negeri Perlis.

Semalam Najib mengumumkan Yip kekal dan tidak akan meletakkan jawatan sebagai ADUN Titi Tinggi dan pada yang sama Umno Padang Besar pula mahu Yip meletakkan jawatan.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.