Nazree Yunus terus menyerang Ezam

Laporan yang di terima oleh www.umno-reform2.com mencatatkan Ezam Mohd Nor terus menerus di asak oleh Mantan Pengerusi Gerak, Nazree Yunus dalam ceramah beliau di Temerloh Pahang. Nazree yang dikatakan anak didik Ezam mengatakan sebelum ini pada PKR bahawa isu tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim akan disangkal oleh beliau. Ezam yang sebelum ini merupakan orang kuat Anwar Ibrahim hari ini seolah-olah turut bersekongkol mengatakan Anwar Ibrahim memang terlibat dalam isu liwat. Bagi Nazree, Ezam dalam ceramahnya masih tidak berani menyatakan dengan jelas pendirian beliau dalam isu liwat Anwar dan masih lagi bermain antara kata-kata dalam membuat tuduhan. Nazree mencabar Ezam untuk mengatakan dengan jelas dan tuduhan Ezam mengenai keislaman Nik Aziz Nik Mat dalam isu liwat Anwar Ibrahim adalah langkah terdesak untuk Ezam mencari populariti – tanpa menilai fakta yang ada di depan mata. Konspirasi tuduhan liwat amat jelas – katanya. Ezam bertindak hanya kerana emosi marah terhadap Anwar Ibrahim dan emosi ini boleh mengaburi hakikat yang ada – bahawa tuduhan liwat ini adalah tuduhan politik tanpa kejelasan. Semua fakta jelas menunjukkan bahawa ini satu FITNAH JAHAT – dan fakta ini tidak dapat disangkal oleh mana-mana pihak kecuali mereka yang dirabunkan dengna agenda politik semata-mata – kata beliau setelah dihubungi oleh www.umno-reform2.com.

Menurut laporan yang di terima oleh kami, nampaknya Ezam akan berdepan dengan cabaran yang lebih getir bila anak didik beliau sendiri menolak dirinya bila isu mengenai Anwar – khususnya dalam isu tuduhan liwat ke-2 Anwar. Nazree terus mengemukakan cabaran mengenai sama ada Ezam ada berjumpa Anwar bagi menerangkan isu sebenar sebagaimana Ezam mencabar Nik Aziz bertemu Saiful. Nazree dalam ceramahnya juga bertanyakan adalah Ezam sendiri pernah bertemu dengan Saiful – untuk isu tersebut.

Apa pun bagi www.umno-reform2.com kemunculan Ezam bagi memulakan siri ceramah dengan tindakan seakan mengatakan Anwar Ibrahim terbabit dalam isu liwat hanya akan menyulitkan UMNO. Ini hanya akan menjadikan isu liwat itu nampak seakan di manipulasi oleh UMNO dan ini membuka ruangan untuk Pakatan Rakyat terus menerus membidas dan menuduh ia sebagai satu konspirasi jahat dan memperalatkan sistem perundangan. UMNO sepatutnya jelas membiarkan kes ini sebagai satu kes antara Saiful dan Anwar Ibrahim namun tindakan beberapa pihak termasuk kepimpinan UMNO yang memberi komen mengenai isu ini memberi kesan negatif terhadap UMNO. Akhirnya kerajaan juga akan dikatakan terpalit dengan Fitnah Jahat ini.

http://umno-reform2.com/front/

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.