PAS MASUK UMNO: MODAL ORANG BANKRAP POLITIK

Isu orang PAS masuk UMNO adalah isu lapuk yang hanya dibangkitkan oleh mereka yang mengamalkan politik yang bankrap demi 'political survival' mereka. Ianya hanya bagi yang telah kehabisan modal atau putus harapan.

Bagi UMNO yang telah ditolak rakyat amat penting bagi mereka jika rakyat mempercayai bahawa ada orang PAS yang hendak masuk UMNO atau sekurang-kurangnya PAS hendak bekerjasama dengan UMNO. Ianya diharapkan dapat memulihkan imej UMNO atau mengembalikan kredibiliti parti itu. Hakikatnya UMNO mahu menumpang imej PAS yang bersih untuk turut nampak bersih. Orang jahat perlu berkawan dengan orang baik untuk turut nampak baik.

Mereka yang terus membangkitkan isu orang PAS hendak masuk UMNO atau PAS hendak bekerjasama dengan UMNO sebenarnya sedikit sebanyak membantu UMNO. Tidak kiralah jika ia dilakukan secara sedar atau tidak sedar. Atau dilakukan oleh orang-orang PAS sendiri.

Mungkin membangkitkan isu PAS masuk UMNO ini adalah cara yang paling mudah untuk mendapatkan publisiti. Untuk masuk suratkhabar.

Tambahan pula jika ada berita pemimpin PAS ini dan itu akan masuk UMNO atau ada yang mencabar pemimpin PAS masuk UMNO, lagi senang nama hendak keluar suratkhabar. Mungkin ini peluang yang tidak akan dilepaskan oleh mereka yang gila glamour.

Di Selangor, isu PAS masuk UMNO sepatutnya telah lama berkubur. Walaupun sejurus selepas keputusan PRU 12, Khalid Samad dan Dato' Hasan Ali ada bertemu pimpinan UMNO tetapi dengan penubuhan kerajaan negeri Pakatan Rakyat, tidak ada sebab bagi sesiapa untuk masuk UMNO. Hanya orang yang tidak siuman akan mendakwa Khalid atau Dato' Hasan akan memasuki UMNO. Lebih-lebih lagi Dato' Hasan, seorang Exco. Keluar kerajaan dan jadi pembangkang, sesuatu yang langsung tidak masuk akal!

Tuduhan orang PAS akan masuk UMNO adalah satu tuduhan yang berat. Mungkin bukan orang-orang PAS malah ada orang-orang PKR atau DAP yang tidak faham akan implikasi tuduhan seperti itu. Saya ingin mengingatkan pada mereka bahawa pada orang PAS tuduhan untuk keluar PAS adalah seolah-olah sama seperti tuduhan untuk keluar dari Islam. Oleh itu, saya memberi amaran berhati-hatilah di dalam membuat tuduhan.

Pembunuhan orang-orang PAS seperti di Memali dan Lubuk Merbau serta pembunuhan pemimpin PAS seperti Abdul Samad Gul dan Cikgu Tahrin menutup hati orang-orang PAS terhadap UMNO.

http://iskandar56100.blogspot.com/

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.