Pas perintah Kedah lebih baik berbanding UMNO
ALOR SETAR- Pentadbiran dan pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) yang diketuai oleh Pas di Kedah cukup membanggakan walaupun usia pemerintahan baru berusia dua tahun berbanding diperintah oleh UMNO sebelum ini.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, pelbagai perubahan pembangunan yang telah dilaksanakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dengan melaksanakan tugas dengan bersikap adil dan bebas daripada rasuah.
Menurutnya, UMNO yang berpendapat pentadbiran Kedah tidak memberikan perubahan kepada negeri adalah tidak benar dan UMNO sengaja tidak mengakui kemajuan negeri Kedah kerana bimbang rakyat tidak akan kembali kepada parti berkenaan pada pilihan raya akan datang.
“Mereka sengaja tidak akui kemajuan negeri kerana mereka bimbang rakyat tidak akan memilih UMNO pada pilihan raya nanti.
“Jika dilihat pada pentadbiran Menteri Besar sangat baik tanpa memberi tekanan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan memberi peluang untuk mereka membuat keputusan,” katanya kepada Sinar Harian.
Mahfuz berkata, kebebasan yang diberikan oleh Menteri Besar kepada ADUN itu tidak dilakukan oleh pentadbiran UMNO sebelum ini yang banyak mencampuri urusan pentadbiran.
Mahfuz berkata, kebajikan rakyat yang turut diberi keutamaan oleh Kerajaan Negeri juga jelas menunjukkan sikap Menteri Besar sentiasa memberi keutamaan pada kebajikan rakyat tanpa mengira kaum dan politik.
Mahfuz berkata, kemajuan di Kedah sejak pemerintahan Pas adalah lebih baik berbanding Perlis, Melaka, Negeri Sembilan dan negeri lain yang kini diperintah Barisan Nasional (BN).
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment