Pas Tuntut Najib Mohon Maaf Atas Kebiadapan Awang Adek!
Oleh Masdar Wahid
KUALA LUMPUR : PAS menuntut Perdana Menteri, Najib Razak dan penganjur Le Tour de Langkawi segera memohon maaf secara terbuka terhadap Menteri Besar (MB) Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan seluruh rakyat negeri itu berhubung tindakan mereka membelakangkan MB itu dalam program tersebut baru baru ini.
Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, tindakan puak Umno itu jelas bertentangan dengan prinsip federalisma dan slogan 1Malaysia ciptaan Najib.
“Tindakan kerajaan pusat ini jelas merupakan dendam berterusan Umno yang tak habis-habis terhadap PAS sejak dahulu lagi selain melambangkan perangai mereka yang tidak professional dan bertentangan dengan prinsip federalisma,” katanya kepada erapakatan ketika dihubungi.
Menurutnya, ketika negara ini menuju status negara maju, sikap dan perangai Umno selaku pemerintah kekal ditahap kebudak-budakan dan sukar bersikap adil terhadap kerajaan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.
“Jika betul laungan Najib itu 1Malaysia, buktikan permohonan maaf kamu dan sila bersikap gentleman,” tegasnya.
Terdahulu, nama Nik Aziz sebagai tetamu kehormat yang sepatutnya melepaskan peserta di hadapan Istana Balai Besar, digugurkan pada saat akhir tanpa dimaklumkan kepada kerajaan negeri.
Malah, Majlis pelepasan perlumbaan jelajah berbasikal terulung Asia itu dilakukan oleh seorang pemimpin Umno yang kalah dalam pilihanraya umum lalu, Awang Adek Hussin.
Kelantan yang ditadbir oleh kerajaan PAS sejak tahun 1990 kerap diganggu oleh kerajaan pusat yang diterajui oleh BN termasuklah dalam isu royalti yang sehingga kini hak negeri itu terus dinafikan.
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment