Pengkhianat 'kulaan' - 7 sebab Hj. Mohsin tinggalkan Pakatan Rakyat ?

Sebentar tadi, YB Adun Gunung Semanggol baru sahaja menghubungi wak, menyatakan sangat kesal dan kecewa apabila Hj. Mohsin mengkhianati pengundinya dengan meninggalkan Pakatan Rakyat. Apakah beliau sanggup turun ke Bagan Serai untuk memohon maaf kepada lebih 18 ribu pengundinya yang mengundi beliau ? Apabila ditanya tentang masalah sebenar Hj. Mohsin, Yang Dipertua PAS Bagan Serai itu juga menyatakan mungkin banyak sebab, diantaranya :

1) Dipercayai/mungkin terlalu ikut cakap bini.

2) Jarang turun ke kawasan Parlimen sendiri.

3) Tekanan dari Jawatankuasa PKR Bagan Serai, wajarlah diberi tekanan jika kawasan sendiri pun tak diambil kesah..apa ke jadah ?

4) Duit peruntukan ? Hmm..! Jangan harap..genggam tak tiris..! Mampuih pi laa. Kesian kat Adun sedangkan banyak peruntukan diperlukan untuk rakyat di kawasannya yang harus diberi perhatian.

5) Dipercayai bahwa beliau adalah bekas ahli Umno sebelum ini, kerana sebelum ini beliau sangat rapat dengan Anwar ketika dalam ABIM satu ketika dahulu.

6) Sukar menerima pandangan rakan-rakan lain dalam PKR. Malah seorang YB di sini juga yang menang atas tiket PKR turut meluahkan beliau ini seorang yang 'opportunist', pentingkan diri sendiri dan hujah pandangan orang lain tak betul..dia aja yg betul.

7) Dipercayai juga beliau menghadapi masalah kewangan.

Selanjutnya...

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.