Penyertaan Harussani akan 'mantapkan' propaganda Mingguan Malaysia

Mingguan Malaysia dilihat semakin 'mantap' dengan kehadiran mufti terkenal sebagai kolumnisnya bagi menggantikan tempat bekas mufti Perlis Dr. Mohd Asri Zainul Abidin. Dr. Asri telah menjadi kolumni akhbar yang diterbitkan setiap ahad itu telah menulis selama lebih empat tahun di akhbar berkenaan.

Ruangan “Minda Mufti” itu kini telah diganti oleh Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Dengan penggantian itu, akhbar Mingguan Malaysia itu dilihat semakin 'mantap' dengan kehadiran mufti kontroversi itu selepas menuduh PAS sombong tidak menerima kerajaan perpaduan bersama Umno di Perak. Namun PAS menolak kerana kesetiaan terhadap rakan dalam Pakatan.

Ustaz Ahmad Awang, bekas Naib Presiden PAS telah menyatakan, mufti Perak itu telah berbohong dalam perkara itu sambil menyifatkan, Harussani sepatutnya meletak jawatan dan bertanding masuk medan politik.

Tok Guru MB Kelantan juga telah menyoal keikhlasan Harussani dalam pertembungan PAS dan Umno. Bagaimana Harussani boleh bersekongkol dengan Umno yang jelas menolak Islam. Umno telah mengasingkan politik suku dan agama suku. Jika mufti Perak itu betul-betul ingin Islam, kenapa boleh bersekongkol dengan Umno.

Dengan pendirian Harussani yang lebih mirip kepada Umno itu, Mingguna Malaysia telah mengambil peluang untuk 'memantapkan' penyebaran fikrah Umno terhadap pembaca akhbar berkenaan.

Dengan penyertaan Harussani, agenda propaganda Melayu akan lebih 'berbisa' akan dimainkan oleh akhbar pro Umno itu untuk mengelirukan masyarakat kerana telah mendapat sokongan daripada 'ulamak' melayu agung masa kini.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.